Perempuan susahkan perempuan

Hari ni aku nak membebel dan orang perempuan ialah pakar mahir dalam kerjaya ini.
 
Padi tadi sewaktu dalam perjalanan ke pejabat seawal jam 6.30 pagi, seperti biasa, aku mendengar siaran di RADIO IKIM.FM. Aku suka sangat segment yang bermula pukul 6.30 pagi hingga 6.45 pagi ni. Segment ini diterbitkan oleh Saudara Mahadzir dan dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad (kalau ejaan nama beliau salah, sila maklumkan). Topik yang disampaikan pagi tadi memang amat relevan kepada suami-suami dan isteri-isteri juga ibu bapa dan mentua sekalian alam.
 
Beliau menceritakan satu kisah (daripada satu fatwa yang telah diluluskan oleh sebuah negara Islam). Seorang suami telah diminta oleh ibunya agar menceraikan isteri yang mahu berpindah ke rumah lain. Sebelum ini semenjak kahwin, si isteri telah tinggal bersama mentuanya sehinggalah mereka dikurniai beberapa orang anak. Si isteri yang bekerja dan selama ini telah menabur bakti membantu menyara mentua dan keluarga suami telah meminta agar mereka berpindah ke rumah yang lain. Apabila si mentua dapat tahu, dia mengarahkan agar memilih sama ada mahu berpihak kepada ibunya ataupun isterinya. Apabila perkara ini dibawa kepada pengetahuan pihak tertentu, mereka telah membuat keputusan agar si suami mengikut arahan ibunya sebagai tanda ketaatan kepada ibu. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada dua buah hadis tanpa merujuk kepada hukum fiqh (dan menurut Ust Zahazan, cara ini tidak bertepatan dengan syarak. Mana-mana hadis sekalipun perlu digandingkan dengan hukum fiqh sebelum sesuatu perkara itu diputuskan).
 
Memang benar anak perlu mentaati kedua-dua ibu bapanya. Tetapi taat biar bertempat. Allah tidak menyuruh kita taat kepada perkara yang membawa kepada kezaliman. Dalam kes tadi, si ibu telah menyuruh anaknya berlaku zalim kepada isteri yang telah banyak menabur bakti kepada dirinya dan juga kepada keluarga. Jadi si suami sepatutnya tidak perlu menurut kehendak si ibu itu.
 
Dalam masyarakat Melayu, menantu perempuan tinggal bersama mentua bukan lagi perkara asing. Sekiranya tiada keuzuran, tidak perlulah suami mahu tinggal sebumbung dengan ibu bapanya. Melainkan jika ibu bapa mereka sudah terlalu uzur dan tiada sesiapa yang boleh menjaga mereka. Dan bukan juga tanggungjawab isteri hendak menyara keluarga mentua dan adik-beradik iparnya. Masyarakat kita sering salah faham dalam bab ini.
 
Dan yang lebih memburukkan keadaan apabila perempuan sendiri menyusahkan perempuan. Dalam keluarga, ibu mentua sering  mencampuri urusan rumah tangga anak mereka sehingga menekan menantu perempuan. Dalam kerjaya, bos perempuan selalu menekan kakitangan perempuan yang boleh menggugat kedudukannya. Masalah ini tidak selesai kalau perempuan sendiri tidak tahu menghormati diri mereka masing-masing.
 
Dan bagi pihak lelaki dan suami, jangan membuta tuli membuat keputusan tidak berlandaskan hukum fiqh. Bertindak sebagai suami yang bertanggungjawab dan jadi pemimpin yang baik dalam keluarga. Jangan biarkan isteri mengambil tanggungjawab itu.
 
Dan kepada anda yang sedang membaca, rajin-rajinlah dengar ceramah Ust Zahazan setiap pagi. 15 hingga 20 minit sahaja. Banyak perkara yang korang semua akan belajar. Ini bukan ceramah agama di kampung-kampung yang korang rasa bosan nak dengar. Siaran ini menarik kerana ia menepati gaya hidup kita penghuni kota. Jadi dengarlah RADIO IKIM.FM jam 6.30 pagi setiap hari (hehehe..promo jangan tak promo).

Ulasan

  1. Part bos pompan menindas pekerja pompan tu pernah aku handle kesnya... hehehehe... dan yes... u'r right. Mmg berlaku benda2 tak bertamadun camtu....

    BalasPadam
  2. hehehe...kt opis aku ni pun berlaku gak. aku hampir2 kena. tp depa kata aku ni so lucky sebab escape unhurt...ekekekeke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap