Selamat tinggal


Sudah hampir lima tahun aku kerja kat sini sebagai tukang baiki ayat dan tatabahasa. Rasanya sudah cukup membosankan. Terutama apabila mengenangkan pekerjaan ini terlalu selesa buatku. Mesti orang kata aku gila sebab menolak peluang untuk bersantai saban hari, buat kerja ala kadar tapi gaji penuh...hehehe. Malangnya aku bukan begitu. Aku perlukan cabaran dalam pekerjaan. Cabaran yang memerlukan aku perform yang terbaik dan jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. Itu namanya kepuasan. Kalau dalam Maslow Hierarchy of Need kiranya Self-Actualization lah ni.

Satu lagi aku amat mementingkan pengiktirafan. Baru kita tahu bagaimana prestasi kerja yang sebenarnya. Kalau dah tahu baru boleh perbaiki kelemahan. Kalau dah buat salah baru nak tegur, tak guna lagi. Nasi dah jadi bubur. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Apa aku merepek ni daaa...

Baru-baru ni aku menerima tawaran bekerja di sebuah akademi. Akademi Gemilang? Ekekekeke...hanya Hani Ismail saja yang tahu. Anyway, jawatan yang ditawarkan ialah jawatan yang ku idam-idamkan selama ini. Dulu kat uni aku belajar PR. Tapi sejak grad tak de orang berani nak bagi aku jawatan tu. Sudahnya aku berkelana memegang pelbagai jenis jawatan yang langsung tak ada kena-mengena dengan bidang aku. Kiranya colorful jugalah resume aku ni. Jadi pelawaan sebagai Corporate Comm Officer ni memang menggoda aku sesungguhnya. Cuma jawatan ini secara kontrak.

Persoalannya, mahukah aku korbankan jawatan tetap aku semata-mata mahu menerima jawatan kontrak. Jawapannya... tunggu 19 hari bulan nanti kerana waktu itu aku akan memberikan jawapan kepada pihak akademi. Tungguuuu....

Ulasan

  1. Nie mesti ganti Aznil Nawawi di Akademi Fantasia nie! ;)

    BalasPadam
  2. ihihihih....rahsia..tp saya akan ke angkasa lepas.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit