Journey to the east

Sekali lagi aku mengorak perjalanan menuju ke pantai timur. Kali ini ke Machang, Kelantan. Dan sekali lagi kerana menghantar rombongan pengantin. Kali ini adik bongsu aku - perempuan. Kali terakhir aku ke Kelantan adalah pada tahun 2000 sewaktu menghantar adik kedua aku - juga perempuan- yang berkahwin dengan orang Pasir Putih. Perjalanan kami bermula seawal 7 pagi. Konon nak bertolak jam 3 pagi, tapi tak terjaga sebab penat bekerja pada siang hari masih bersisa.
Saat aku paling suka adalah apabila kami tiba di Raub. Lebih kurang pukul 8 pagi. Keadaan pekan Raub masih berkabus. Pengalaman ini mengingatkan aku kepada pekan Tanah Rata di Cameron Highland. Kami sesat masuk ke Kampung Sg Koyan. Sempatlah singgah di stesen minyak Petronas di situ sebelum menyedari yang kami telah sesat jalan. Patutlah jalannya kecil semacam - maklumlah jalan kampung.

Sewaktu melalui jalan Kuala Lipis, aku terbayang kemalangan-kemalangan ngeri dan maut yang pernah berlaku di situ. Jalannya memang berbahaya. Bukitnya jahat-jahat dan banyak lap (belok maut) yang disukai oleh penggemar drift. Turun bukit terus kena lap. Kalau brek tak makan, mahu terhumban masuk semak.

Sampai di Gua Musang lebih kurang pukul 1 lebih. Kami singgah makan tengah hari. Lauk simple - ikan bakar, ayam bakar, sayur lemak, ulam-ulaman, sup tulang dan budu - tapi sungguh menyelerakan, sedap dan tak manis...hehehehehe. Minum ABC. Terkejut aku sebab depa boh kepingan roti dan pisang. Lain padang, lain belalang.

Kami terus ke bandar KB untuk membeli-belah. Sampai balik ke Machang dalam pukul 7 malam. Masa di KB, sempat aku beli etok-etok dan colek. Kali terakhir aku ke KB adalah pada tahun 1999 - kalau tak silap, ikut kawan-kawan sekampus pulang bercuti di kampung halaman mereka.

Keesokan harinya, hari Jumaat, kami bertandang ke rumah pihak lelaki. Kami disuruh datang pukul 12 tengah hari agar tidak bertembung dengan tetamu lain yang bertandang pada jam 2 nanti. Lagi sekali aku makan sedap. Nama masakan, jangan tanya. Aku tak tahu. Yang aku boleh describe ialah ayam masak lemak putih, sambal belacan, paprik, daging rendang dan daging gulai.

Bekas rakan sebilik dan rakan gila-gila masa di kampus PJ dulu pun turut sama dengan rombongan kami. Tak sangka aku dapat jumpa si Eli (Elliot Ness...hehehehe) ni lagi. Dah bertahun semenjak 1999, kami tak jumpa. Akhirnya jumpa juga kat kampung halaman dia. Kawan aku yang menetap di KB, Noni, langsung tak dapat dihubungi. Ingatkan dapat juga aku jumpa dia. Mungkin lain kali.

Sebelum balik ke KL pada petang itu, kami singgah dia Zon Ria, Machang. Beria-ia adik aku nak soping kat situ. Aku pun soping gak...kekekeke. Kami bertolak pulang ke KL dlm pukul 2 lebih. Mak aku, sepupu aku dan makcik aku balik keesokan harinya. Adik bongsu aku kena tinggallah...hehehehe. Adik kedua aku, balik Pasir Putih dulu.

Kami singgah di Sg Yu, Kuala Lipis hendak mencari selipar Nurin yang tertinggal sebelah.
Mujur masih ada. Panjang usia selipar tu. Masa singgah tu, sempat aku beli rambutan budak sekolah - kuning dan merah - seringgit sekilo! Murah bangat sih! Manis lagi bersari plak tuh. Isi tebal dan lekang. Kami diberitahu oleh adik-adik yang jual rambutan tu, ada accident yang melibatkan bas Puteri UMNO dan sebuah Proton Wira.

Masa sampai di tempat kejadian, hanya nampak serpihan Wira yang remuk itu. Dua-dua kenderaan dah terbabas masuk semak. Ngeri betul. Dalam sebulan ni, dah banyak accident yang melibatkan bas. Terkena sumpahan kut. Masa kami sampai kat Karak, mai aik...jalan jem sepanjang-panjangnya menuju ke Timur. Ada roadblock rupa-rupanya. Mungkin pihak berkuasa dah perketatkan kawalan ke atas bas-bas yang melanggar peraturan. Aku tak tau lah sampai pukul berapa depa kena tunggu sebab memang banyak kenderaan yang tersangkut gara-gara sekatan jalan raya tu. Nasib baik bukan yang menghala ke KL. Itu pun dah sesak sekejap lepas kami keluar dari R&R Genting Sempah. Ada lori rosak.


Sepanjang perjalanan pergi dan balik, aku jumpa:

1.Lori panjang rosak (di Lebuh raya Karak dan Kuala Lipis - kedua-duanya dalam posisi yang membahayakan pengguna jalan raya terutama pada waktu malam;

2. Terserempak dengan banyak lori balak - ngeri tengok balak terenjut-enjut sambil diikat dengan rantai halus. Kalaulah putus...nauzubillah!;

3. Jumpa lori terbalik - dua buah plak tuh. Apalah depa buat ek...buat lap kut.

4. Kemalangan ngeri di Kuala Lipis - tak sempat nak tengok berita malam tu sebab tak sampai lagi;

5. Jumpa towtruck yang ikut rapat macam nak sodom eh sudu belakang kereta aku dan kemudian memotong secara bahaya;

6. Penunggang motosikal (penduduk setempat) yang tak pakai topi keledar dan menunggang dengan perlahan dan berlagak macam jalan itu dia sorang yang punya;

7.Macam-macam jenis buah yang dijual di tepi jalan - cempedak, durian, langsat, duku, rambutan, mata kucing, manggis, bacang, petai (buah ke sayur?)

8. Jumpa papan tanda ke Bilut, Paloh dan Pos Betau.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit