Komen KDC - Wan Amalyn

Sudah lebih sebulan KDC berada di pasaran. Bermacam-macam maklum balas yang saya terima. Saya amat mengalu-alukan sebarang komen dan pendapat daripada pembaca demi meningkatkan mutu penulisan saya. Berikut ialah komen daripada rakan pembaca yang sempat saya kutip daripada blog beliau:

Kata
Wan Amalyn
Nurjia ~ dia mendambakan cinta dalam perkahwinannya. Namun dia tidak sanggup mengambil risiko hidup dalam 'buangan' menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga walaupun tiada perasaan cinta terhadap lelaki itu.

Ryan ~ dia tidak perlukan cinta dalam hidupnya. Dia impikan taraf Donald Trump dan perkahwinannya adalah satu 'transaksi perniagaan' dan peluang keemasan untuk dia melebarkan sayap serta meluaskan empayar perniagaannya.

Mereka disatukan dalam satu ikatan ~ perkahwinan. Dalam mengharungi hidup berumahtangga, pelbagai onak dan duri terpaksa dihadapi. Apatah lagi Gia yang terlalu mendambakan cinta dalam perkahwinannya tidak mungkin dapat dikecapinya dengan Ryan. Ryan dalam mencari erti cinta terpaksa membayar dengan harga yang tak ternilai iaitu kebahagiaannya sendiri. Di saat hati Gia mulai lembut untuk menerima takdir seadanya dia kecewa. Lantaran kesetiaannya dikhianati, dia mengambil keputusan drastik.

Dena ~ demi memburu kemewahan hidup sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkhianati kebahagiaan sahabat baiknya sendiri. Zeek yang telah jatuh cinta pandang pertama, sanggup lakukan apa sahaja demi cintanya.

Apa kesudahannya ? Bagaimana Gia menangani masalah cinta yang membelengu hidupnya ? Dan Ryan, selamanyakah dia boleh hidup tanpa cinta ? Semuanya terjawap apabila anda menyelongkar Kerana Dia Cinta karya terbaru Izza Aripin ini.

Bagaimana yea… pada aku, Kerana Dia Cinta adalah cerita tentang 'Cinta' yang terlalu diimpikan oleh heroin hinggakan dia hampir tewas dalam pencariannya. Gia, pada aku adalah seorang gadis walaupun keras hatinya terpaksa akur pada kenyataan, dia tidak berani untuk hidup serba sederhana setelah bertahun-tahun disogokkan dengan kekayaan. Namun hingga ke satu peringkat bila seringkali 'dibuli' dia mula memberontak… dan pemberontakkannya terlalu drastik.!! Bab ni aku suka… barulah terserlah 'kekerasan' dan 'ketegasan' Gia.

Kesudahan yang menarik kerana pada aku… itulah realiti kehidupan..!! tak semua yang kita impi dan angan-angankan akan kita perolehi. Kadang-kala kita perlu belajar untuk menerima takdir yang telah tersurat buat kita seadanya.

Boleh dikatakan aku puas… walaupun terpaksa bersengkang mata untuk mengetahui kesudahannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit