AIDIL FITRI 2007

Tahun ni aku berhari raya di KL...hmm...pagi raya pertama aje. Petang tu aku dah kena ikut balik ke Perak. Hish...Sempat pergi rumah makcik aku dua buah rumah. Lepas tuh terus cabut ke utara. Tak sesapa pun kat kampung tahu kami nak balik. Sebab laki aku awal-awal dah beritahu tahun ni tak balik kampung sebab tak ada cuti. Memang pun. Tapi biasalah...kampung dia kan. Tak boleh pun jadi boleh....wakakakakaka. Nasib baik aku dah mohon cuti semalam. Kalau tak, mau sakit badan aku kena kerja semalam. Sampai kat kampung dalam pukul 10 lebih. Terperanjat dinosor depa tengok kami sampai. Semuanya kena tipu idup-idup...wakakakaka.

Tahun ni lain pula adventurenya. Kalau tahun lalu aku beraya di kampung dengan kasut but Pua Chu Kang. Tahun ni, walaupun hujan turun lebat setiap hari pada waktu petang, mujur air tak naik. Cuma lecah ajelah. Habis kasut raya aku diselimuti lumpur. Pada hari raya kedua, sempat pergi dua buah rumah bapa saudara laki aku di Parit Baru, Sabak Bernam. Jangan sangka KL aje yang tau jammed. Kat kampung pun jammed juga. Kalau bawa roti, lama dah kenyang.

Jalan sesak di persimpangan Hutan Melintang nak menghala ke Teluk Intan/Lumut, Bagan Datoh dan dari Sabak Bernam. Udahlah jalan tengah bikin, jadilah sempit dan sesak. Sesaknya bermula di lampu isyarat pertama di depan balai polis Sabak Bernam sehinggalah ke simpang empat Hutan Melintang. Semua orang nak elak tol kat lebuh raya kunun. Sekali terperangkap kat sini, kat jalan kampung. Padan muka korang dan padan muka aku sebab tersangkut sama. Huwaaaa!!!

Hampir dua jam juga barulah kami lepas ke Bagan Datoh. Banyak kenderaan yang bersesak di situ menuju ke arah Teluk Intan/Lumut. Kami yang tak kena-mengena dengan mereka pun ikut sama terperangkap. Tak puas hati betul aku. Marah lagi nih...ekekekeke. Balik daripada Parit Baru, kami sempat beli ketam, udang dan sotong. Dah bosan makan rendang daging/ayam, tekak nak makan seafood pulak. Malam tuh kami kekah ketam ramai-ramai. Enaknya hingga menjilat cengkerang ketam!

Hari raya ketiga, mak aku datang. Yey yey, yey yey. Lepas makan kat umah mak mentua aku, kami beraya ke rumah saudara mak kat belah sini. Ada rupanya sedara mak aku kat sini. Hehehehe...Maknanya tahun depan, makin padatlah jadual berhari raya aku di sini. Aku ada amik gambar menarik masa beraya kat sini. Nanti aku tempek kalau aku jumpa sim card reader sesiapa. Kami beraya sampai ke petang. Dari Parit Haji Tahir sampailah ke Kg. Banjar (kalau nak tau tempat ni kat mana, pergi tengok peta). Balik aje, jalan jammed lagi dan hujan turun dengan lebat. Aku sampai kat Sg. Tiang darat dah pukul 6. Tapi sempat lagi beraya di 3 buah rumah sedara laki aku.

Habis beraya, balik umah siap-siap sebab nak balik KL malam tu juga. Lepas makan malam, lebih kurang pukul 9.30 malam, kami bertolak balik ke KL. Jalan masih sesak lepas simpang empat Hutan Melintang. Kesian abang polis yang kena kerja jaga lalu lintas hari tu...kesian betul. Kalau cabut lampu isyarat tu buat bulatan, kan senang. Tak yah jaga.

Tapi kat KL nih pelik pula bila ada trafic light kat bulatan. Bulatan dibuat sebab nak elak kesesakan disebabkan lampu isyarat. Tapi disebabkan kenderaan terlalu banyak, bulatan jadi sesak, maka lampu isyarat terpaksa didirikan. Pi mai pi mai, tang tu jugak!

Aku sampai KL pukul 1 lebih. Bentang toto, terus tidur kat bawah. Tapi aku sempat tengok Superman Returns. TV dan Astero terpasang sampai pagi. Semalam aku berehat kat rumah sambil basuh baju yang berlambak-lambak. Bosan mengemas, aku tido. Aliyah dan Nurin berpesta buat sepah dam main air hujan. Jadi Hulk aku semalam. Hari ni aku dah kerja. Sunyi aje pejabat ni. Ramai yang bercuti sampai Isnin. Kerja aku banyak, tapi tak ada mood nak buat. Aku masih lagi terasa penat. Graf hidup aku selama tiga minggu ni bagaikan carta perjalanan Soyuz selepas dilancarkan. Melonjak naik dan terus naik. Kalau Soyuz dah mendatar dan mendarat di ISS, aku masih lagi melonjak ke atas. Entah bila nak mendatar. Sesungguhnya kehidupan baru di akademi ini memang mencabar. Itulah, siapa suruh....huwakakakakaka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit