Sabtu, 17 November 2007

Cruising the Mines

Hari ni aku cuti. Ada urusan di UPM -- berbincang mengenai Project Paper 1 dengan supervisor. Lepas tu terus singgah di TGV Jusco Balakong tengok Beowulf. Aku sangka ia filem yang dilakonkan oleh manusia. Rupa-rupanya CGI sama macam Final Fantasy. Hampeh...aku tertipu dengan iklan di TV yang nampak macam real. Walau apa pun, memang ganas, ngeri dan seksi...kanak-kanak belum baligh tak payah ler tengok...ekekekeke. Aku siap sorok muka belakang kotak pop corn -- maknanya memang ngeri dan sering mengejutkan tatkala degupan jantung baru nak normal.

Lepas tengok Beowulf, aku balik kejap ambil kakak dari tadika dan hantar ke cawangan lain. Sebab jam 8 malam tu dia ada pesta mini konvo 2007 di Palace Beach & Spa. Sementara nak menunggu pukul 8, aku pun bawa Bobot jalan-jalan di The Mines Shopping Fair. Kali terakhir aku ke sana ialah waktu sedang berkawan dengan ayah Bobot ler. Lama tu...lebih lima tahun dahulu. Masa tu fly over sebelah Mines ni belum wujud lagi.


Sejarah Tasik Mines

Pintu lif air terbuka

Tunggu giliran nak naik lif air

Bobot

Aku teringin nak naik bot santai mengelilingi tasik Mines yang dahulunya lombong bijih timah terbesar buatan manusia. Aku terlepas satu bot. Ingatkan dah tak nak dah sebab kecewa. Tapi lepas aje aku makan ayam Kenny, peluang aku naik bot terbuka sebab ada bot yang akan bergerak. Lantas aku pun beli tiket harga RM21 untuk setengah jam pusing north lake. Mahal tu....Tapi berbaloi sebab kapten bot bawa kami round lebih sejam. Dia pun tak berat mulut. Sejak mula bot bergerak, ada saja cerita dia. Ini baru betul-betul pemandu pelancong yang cekap dan bertauliah. Bobotlah orang yang paling best. Kesian kakak sebab tak ikut. Tak apa. Lain kali aku bawa dia pula.

Dah penat naik bot, aku bawa Bobot pergi tengok mini konvo kakak. Pukul 11.30 malam baru abis. Penat gila gaban. La ni semua dah terbongkang tidur. Aku yang rasa penat cam separuh mati tadi, tetiba ajer rasa segar bugar dan lapar...ngehehe. Apa lagi...buat millicks (milo + horlicks) cicah biskut kering. Sodap!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan