Hari Terakhir Pesta Buku 2007

Tengah hari tu aku lunch bersama Norra Hassan. Baru nak menyuap sesudu dua, tiba-tiba aku teringkatkan seseorang yang sepatutnya aku jumpa hari itu, tapi aku terlupa. Lalu aku pun mendail nombor hp pakcik sekor ni. Ginilah gaya perbualan kami:
Aku: "Awak kat mana?
Pokcik Wawa: "Saya sedang minum.
"Aku : Saya pun minum juga."
Lalu aku pun pandang sekeliling nak mencari kelibat Pokcik Wawa. Punyalah lawak sebab dia sebenarnya duduk sebaris dengan aku di meja sebelah. Selalu perkara begini berlaku dalam filem ataupun drama ataupun novel. Tapi kali ni berlaku pada aku. Gelak sampai nak tercekik nasi goreng dalam mulut aku.
Lepas berjanji nak jumpa di CESB, aku menghabiskan nasi goreng mahal yang tak sesedap harganya itu. Selepas makan, kami terus ke CESB. Buat pertama kali aku dapat tengok Ahadiat Akashah dan Ujang berdiri sebelah-menyebelah. Lupa pula aku nak amik gambar. Mereka ni pernah jadi hero pujaan aku masa sekolah dulu...hehehehehe.

Dekat pukul 4 petang barulah aku balik. Penat giler. Udahlah baru abis exam sehari sebelum tu. Dengan tak cukup tidonya...Hari ni hingga Jumaat nanti aku mengikuti kursus di Shah Alam. Hari pertama kursus dah tersengguk-sengguk mengantuk. Rasa nak tongkat aje kelopak mata aku dengan batang mancis. Udahlah duduk depan sekali. Pn. Atiah jeling aje kat aku. Maaflah puan, tak cukup rehat...huaarghhhh.
Ulasan
Catat Ulasan