Transformers...Robots in Disguise

Tadi puas hati aku sebab dapat juga tengok filem Transformers selepas terpaksa ditunda beberapa kali. Memang puas hati. Kepada sesiapa yang minat Transformers dan dah jadi follower sejak kecik masa zaman kartun dulu WAJIB tengok. Tapi biasalah ada lah kekurangan di sana sini. Mungkin terlalu banyak yang nak diceritakan, filem ni nampak padat. Autobots hanya beraksi dalam suku pertama masa tayangan. Decepticons plak, separuh masa terakhir tayangan. Paling aku terkilan, Megatron beraksi pada 20 minit terakhir. Itu pun dia tak transform jadi pistol. Dia boleh transform jadi jet pejuang aje. Masa kecik aku penat fikir cemanalah Megatron yang satu saiz dengan Optimus Prime boleh transform jadi pistol kecik yang selalu digunakan oleh Starscream. Dalam siri kartun, Soundwave transform jadi soundbox. Badan beso tapi transform jadi benda kecik? Tapi dalam filem, dia kecik ler plak.
Satu lagi yang agak menghampakan ialah orang kanan Megatron yang selalu enggan menurut perintah iaitu Perceptor tak ada. Kalau dia ada nampak kumpulan Decepticons lebih jahat. Satu lagi watak aku missed ialah Hot Rod. Err...Hot Rod mula-mula muncul dalam filem kartun Transformers: The Movie (1986). Mungkin sebab tu dia tak ada dalam filem kali ni. Harap-harap watak yang tak ada ni boleh ada dalam filem Transformers seterusnya. Harap-harap juga Steven Spielberg dan Michael Bay sudi nak buat sequel demi sequel macam Harry Porter.

Nak tau maklumat lanjut mengenai filem Transformer 2007, klik sini. Lagu temanya best. Tapi dalam filem tak dengar pun lagu temanya :-(

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap