KLIBF datang lagi masa aku nak exam

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi.

Di sebalik kesibukan tugas dan pelajaran, sempat juga aku merayau-rayau di pesta buku semalam bersama Izzul dan Infa. Tugas rasmi pada hari Jumaat lepas tidak membolehkan aku merayau sesuka hati melihat juadah ilmu yang berjuta-juta lemon banyaknya. Jadi semalam aku berkesempatan menjelajah hampir ke setiap gerai sambil mengintai-ngintai buku yang harus ada dalam simpanan.

Kami singgah di gerai PTS. Tujuan aku adalah untuk mencari AG. AG? Sila klik sini untuk tahu apa itu AG. Kehadiran kami disambut mesra oleh Jid. Selama ni aku hanya berbual maya dengan Jid melalui YM. Kali ni berpeluang juga bersemuka. Jid kenalkan aku dengan Nurismaliza; antara orang kuat di belakang AG. Mazlia hanya sempat aku pandang dari jauh. Maklumlah mereka sibuk melayani tetamu. Cantik betul apron mereka. Macam kat cafe plak...ekekeke. Sedang asyik aku layan Izzul cari buku bacaan ringan untuk anak daranya, tiba-tiba aku dengar Nurismaliza menjerit, "Kak Hani...AG dah sampai!"

Berdegup kencang jantung aku dibuatnya tatkala beberapa naskhah AG yang masih panas diletakkan di hadapan aku. Aku tak sempat nak belek lama-lama sebab pengunjung semakin ramai. Tak apalah. Nanti aku dapat juga menatap AG sepuas-puas hati.

Lepas puas merayapi gerai PTS, kami ke tempat lain pula. Dah penat berjalan, kami lepak di kaki lima berhadapan gerat CESB melepaskan lelah dan lenguh sengal di kaki. Sempat reunion sekejap dengan geng ulat buku. Wabbit...cute ler gift yang kau bagi. Tapi macam biasalah...Aliyah yang rembat dulu.

Antara buku-buku yang aku sempat borong di KLIBF:
1. Takagi Sayang - Nor Erni Othman (dah lama tahu pasal novel ni. Tapi tak berkesempatan nak beli. Infa kata best)
2. Kembang Tak Jadi - Elias Hj Idris (baca blurp buat aku teruja nak beli novel setebal 716 halaman ni)
3. Semalam Ku Bermimpi - Aina Emir (dah lama nak beli sebab ada homework sket...heh heh heh)
4. Sedetik Cinta - Amelly Ann Kising (dikembarkan sekali dengan Takagi Sayang)
5. Kompilasi Hidangan Si Manja (rujukan masa depan yang tak lama lagi akan datang. Kenyit mata sebelah pada Izzul dan Infa...)
6. Panduan Pemakanan Anak Sihat dan Pintar (rujukan masa depan yang tak lama lagi akan datang. Kenyit mata sebelah pada Izzul dan Infa...)
7. Aneka Masakan Ikan (nak lengkapkan koleksi)
8. Aneka Kerabu dan Sambal (nak lengkapkan koleksi)

Hari Isnin (esok), hari terakhir aku bertugas rasmi di pesta. Selepas itu aku akan berhibernasi selama tujuh hari sebelum muncul semula pada hari Ahad - hari terakhir pesta. Aku ada final exam...huarghhhhhh huwaaaaa huwaaaaa.......

P/S: Tahniah buat Kak Anis Ayuni (Alaf21), Norrafishah Md Hassan (NH Media), Kak Mon (Jemari Seni - senyap-senyap kuarkan buku masakan), Kak Noorsuraya (Jemari Seni), Kak Aina Emir dan Kak Mimie Afinie (Karnadya), Nass Alina Noah (CESB) dan rakan-rakan penulis yang lain atas kelahiran novel baru kalian.

Ulasan

  1. Norra

    Terima-kasih untuk key-chain.
    (terima-kasih daun keladi, tahun depan nak lagi)

    Hi! Hi! Hi!

    BalasPadam
  2. ehehehehe...tungguuuu. pesta buku popular hujung mei nanti boleh kita bersua kembali.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit