Jadi MC hari Ahad, MC hari Isnin

Selalunya aku jadi MC dan pengerusi debat untuk pertandingan bahas. Formal, pendek dan straight forward. Muka serius tahap Jepun pencen. Sengaja nak menakut-nakutkan budak bahas IPT...heheheh. Tapi hari Ahad lepas, aku dengan sukarelanya menjadi pengacara majlis atau MC(master of ceremony kut). Skripnya hari Sabtu petang baru siap. Ada pantun lagi. Latihannya pada pagi majlis tu.

Apabila saatnya tiba, macam kena kejar hantu. Tapi lama-lama aku slow down sikit. Aku akui yang aku bukanlah MC berbakat yang serba-boleh. Setakat nak jadi bidan terjun tu, tak ada hal..eheheheheh.

Hari Isnin pula aku MC sebab demam dan batuk. Penat yang sebenarnya. Sejak bulan lepas, memang aku penat. Ada saja program bila tiba weekend. Weekdays tak usah cakap. Kat opis, aku sibuk berfikir. Di rumah, aku sibuk jadi suri rumah tangga dan pengasuh dan penulis dan isteri dan lain-lain. Penatnya tak usah cakap.

Sehingga hari ni, batuk aku masih belum kebah. Badan pun suam-suam aje. Sekejap demam, sekejap baik. Hujung minggu ni ada kelas pulak tuh...aduhhhhh!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit