Berita baik, berita buruk

Semalam tepat jam 12.30 tengah hari, bos aku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.8 kilogram di Hospital Pusrawi melalui pembedahan ceasarean. Memang chubby dan putih melepak baby tuh. geram aku nengok. Maka dengan bersalinnya bos aku, team kami tinggal empat orang. Tak lama lagi yang sorang tu pun akan bercuti kerana menjalani pembedahan major. Dan tak lama selepas itu, sebelum kedua-dua mereka kembali bertugas, aku pula meninggalkan team itu. Isk...sedey gak.

Anyhow, kami berempat pun bermesyuarat pagi tadi nak bagi apa kat bos. Tau kami bagi apa? Hadiah ni memang boleh pecah rekod dunia. Rasa aku tak penah orang dapat baby baru dihadiahi dengan satu set DVD player. Salad betul (Najwa suka cakap gambir, kan...ekekeeke). Maka secara haramnya aku ngan sorang team member kuar sembunyi-sembunyi beli player tuh kat Carrefour. Bila balik opis, kami buat poster gempak tampal kat kotak player. Macam setan tahap nanas ler komik yang kami buat. Sure bos sakit perut baca. Kami bagi DVD player sebab hari tu bos mengadu CD player miliknya sudah rosak. Jadi tak dapatlah dia tengok CD masa berpantang nanti. Jadi kira praktikal ler idea bernas tahap semut merah kami ni. Aku ada juga belikan sepasang pakaian bayi. Tak kan mak aje yang dapat hadiah, kan?

Menjelang tengah hari, kami pun bertolak ke hospital untuk menyampaikan hadiah yang tersangat istimewa lagi terpelik di Mesia tu. Memang bos ketawa sambil pegang perut. Tapi dia kena kontrol ketawa sebab luka pembedahan masih baru. Sakit woo kalau gelak ataupun batuk. Macam nak rabak balik kulit perot tuh. Nasib bos ler kena tahan lawak jaki jipang tahap asam boi tu...kwang kwang kwang!
Itu berita baik. Berita buruknya, umah bos aku ni gak dimasuki oleh pencuri yang jahatnya tahap ahli jahannam pada hari Jumaat lepas. Habis barang kemas, laptop dan wang tunai sebanyak RM1400.00 kena cuntan dek pengamun lahanat tuh. Memang berat dugaan dia. Walau apa pun bos aku ni kira cool le jugak. Walaupun kena rompak, dia dapat baby baru. Mungkin rezekinya lebih besar selepas ini. Anak kan pembawa rezeki. Sesapa yang belom ada anak tuh cepat-cepat ler pegi buat anak. Yang dah ada anak, tambahlah anak-anak selagi mampu...hehehehe. Aku cakap bagi pihak aku juga ;-)

Ulasan

  1. Weh...! Mentang2 la dlm tempoh edah, jadi janda berhias, ko sempat gak pegi tengok Transformers ek? Ekekeke... aku pun memang tingin sgt nk tgk tapi tak ada kesempatan lagi la. Asyik outstation memanjang. Kalau aku ni bukan suami yang jujur dah tentu Permaisuri aku hantar spy... ekekekekee... err... dia hantar tak agaknye?

    Ko minat Hot Rod ek? Lain macam aje la bunyi nama dia tu... macam berbaur kelucahan melampau la pulak... Hot Rod...

    Aku pun tak sabar nak tunggu Hermaione... eh? Tak! Tunggu Harry Potter. Dulu tak minat sangat sebab Hermione masih budak. Skg ni may be dia dah baligh kot, so best sket nak tengok Harry Potter lepas nih... hehehehehe....

    Okeh... aku nak berangkat pergi Kuantan.

    Adios amigos galapagos barbados!

    BalasPadam
  2. aku pun tunggu harry porter gak.

    ko pegi kuantan? aku pun pegi gak. tp 23-26 julai nanti ler. apa yg best kat sana ek?

    ko mmg otak berbaur kelucahan. semuanya lucah bg kau hatta nanas skali pun...wakakakakaka

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit