Me...unemployed

At least for the time being...for four days.

Apa aku buat hari ni demi meraikan kebebasan sementara sebagai orang makan gaji? Aku keluar rumah subuh macam nak pergi kerja. Sebab aku kena hantar adik ipar aku pergi inteview kat JPM, Putrajaya. Lepas tu aku singgah di Karnadya House ambil naskhah percuma Biarkan Ku Sendiri. Yup...dah siap cetak dan bakal menemui pembaca selepas raya nanti.

Kemudian aku ke Bandar Tun Razak hantar adik ipar aku sebelum aku singgah di KWSP. Cepat sungguh kali ni perkhidmatannya - tidak sampai setengah jam aku tunggu, nombor aku dah naik. Lepas selesai urusan kat situ, aku merayau di sekitar Jalan TAR. Kalau nak feel raya, jalan-jalanlah kat Jalan TAR.

Singgah kat Minerva borong sampai tiga biji novel. Lepas tu pergi Bunga Reben cari manik dan berlian. Hajat nak beli langsir siap kat Kamdar tak terlaksana bila satu langsir pun tak menarik perhatian aku. Sudahnya aku borong baju budak-budak. Selesai kat Jalan TAR, aku pergi buat medical check-up.

Siap aje, aku terus keluar dari KL. Singgah jap kat Bintang Fesyen, Tesco Kajang. Beli baju lagi. Pergi Pasar Ramadan beli sup daging, rojak Singapore, air mata kucing dan kuih. Itulah aktiviti aku hari ni sampai aku penat dan mengantuk.

Esok...aku nak pergi pejabat pos dan Celcom. Mungkin aku pergi jalan-jalan lagi. Hari Khamis kena balik kampung laki aku...arrghh....buring buring. Terpaksa membilang pokok kelapa sebab Astro tak ada. Huwakakakaka.

Ulasan

  1. Camana citer? Best tak nopen tu Izza? OD kena tunggu sampai pindah rumah baru dapat. Entah bila.... sabar sabar.

    BalasPadam
  2. Izza, asyik berjalan ajer waktu makan anggur nie. Bulan puasa tau, tak boleh makan anggur di siang hari... :P
    Kata nak siapkan nopen baru? Ada masa ke sebelum berhijrah ke tempat baru?
    Anyway, selamat memulakan kerjaya baru di Akademi Fantasia... iskz.. maaf, kesilapan yang memang disengajakan. Kalau ada peluang, jangan lupa minta autograf Angkasawan Negara ya? Ahakz...

    BalasPadam
  3. opah de...saya tengah baca la ni. best sapa kata tak best (promo jangan tak promo) hehehehe.

    amir, pecah rahasiaku...cezzzz. nak amik ni petir kasi hangus...kehkehkehkeh. sssyyyyyy...orang lain tak leh tahu ke mana saya perg. rahsia kerajaan ayah pin...wakakakaka

    BalasPadam
  4. Wahhh... Izza... tahniah... nak malu apanya... terima kasih Amir kerana Bongkar... huhu. Sihat ke Izza? Nangis tak baca Merajuk?

    BalasPadam
  5. Hmmm... Bongkar. Bunyi mcm tajuk sebuah cerita yg menarik. Tetapi apa yg nak dibongkar? Hmmmm...

    BalasPadam
  6. bongkar perilaku orang yang sengaja ponteng puasa...kihkihkih

    BalasPadam
  7. Cakap pasal tu, siang tadi terserempak dgn orang tak puasa yg tengah hisap rokok. Bila saya lalu, terus sembunyi rokok. Macam ler rokok tu tak berasap. Dengan manusia, malu. Dengan Tuhan, tak malu ler pulak. Iskz.

    BalasPadam
  8. Wah... siapa ponteng posa ek? Amir ke? Huhu... hah, buat ler citer pasal Bongkar... apa agaknya yang Amir dan Izza nak bongkar ek?

    BalasPadam
  9. Hmmm... kita bongkar rumah OD! Kekekeke..., mesti jumpa buku yg Ajak cari tu. :P

    BalasPadam
  10. wakakakaka

    err...berdebar nak tunggu hari isnin.

    OD,
    tak menangis tapi geram ngan keluarga nurindah tu. melampau betul.

    BalasPadam
  11. Izza...
    Ada apa dengan hari Isnin.. gegegegege... sahih tak mengikuti perkembangan Izza nih. Tahniah sekali lagi.
    Moh kita dusyum dusyum keluarga Nurindah tu. OD nak tanya novelis terkenal dan berpengalaman yang bernama Izza Aripin nih... agak-agak Izza, masuk akal tak nopen OD tu?

    Wah!!! Amir... OD dah kemas dia nak bongkar lak... buku tu dah jumpa la. Ni sahih tak baca sampai habis nih... ekekekeek...

    BalasPadam
  12. OD...masuk akal sebab rasanya memang ada orang macam keluarga Nurindah tuh. Pasal harta, pertalian darah pun boleh lupa. Memang adat manusia.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit