Sepintas lalu Bengkel Adaptasi Novel ke Layar Perak (8 Ogos 2010)

Berbengkel lagi. Saya akan terus berbengkel demi menambah ilmu di dada. Kali ini saya menghadiri bengkel mengenai proses adaptasi novel kepada lakon layar drama TV. Sepatutnya sebelum menghadiri bengkel ni, saya perlu hadiri bengel asas penulisan lakon layar. Malangnya, sewaktu bengkel itu dianjurkan, saya terlepas pandang. Jadi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk menghasilkan lakon layar drama TV.

tekun mendengar ataupun kusyuk menonton Tangisan Bulan Madu?

Projek kes kami hari itu ialah membedah siasat novel Tangisan Bulan Madu dan skrip (lakon layarnya) ke TV

Saya tak berkesempatan menontonnya di kaca TV. Tetapi berpeluang menonton episod akhirnya di bengkel ini. Begitu jelas dan nyata perbezaannya antara versi novel dengan versi drama TV. Kenapa berbeza? Ini kerana berlaku perubahan medium yang menampilkan pendekatan berbeza. Khalayak harus menerima perubahan medium dan cara penyampaian yang berbeza. Terutama apabila novel yang ditulis hanya menyasarkan kepada pembacaan dan tidak ada usaha untuk mengubahnya menjadi lakon layar. Jadi selepas ini, apabila menulis novel, terus fikirkan bagaimana penyampaiannya di lakon layar kelak.

Satu lagi misi terpikul di bahu. Novel manakah yang harus saya pindah menjadi drama TV? Ataupun mungkin saya menghasilkan lakon layar drama TV yang baharu, yang tiada kaitan dengan novel-novel saya?

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit