Crabs with salted egg yolk

Aku berpeluang merasa masakan ni semasa big bos belanja makan di restoran Cheng Ho Amy Search berhampiran Wangsa Walk. Semenjak hari tu, resepi ni menjadi buruan kalbu sehinggalah semalam. Aku pergi pasar tani dan beli ketam. Masa tu tak tau lagi nak masak apa. Bila balik umah, mengadap laptop dan mula geledah resepi. Pada mulanya nak masak Chilli Crab. Tapi macam dah selalu pula. Tengah duk selongkar sana sini, maka terjumpalah beberapa resepi Crabs with Salted Egg Yolk.

Lalu aku combine kedua-dua resepi ni sebab ada beberapa bahan yang aku tak ada dan tak nak bubuh.





Resepi daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant

CRABS WITH SALTED EGG YOLK (Chef Lee's version)

Bahan-bahan:
1 ekor ketam (aku guna 5 ekor ketam bunga)
1 biji telur, dipukul
100gm tepung kanji kentang (aku guna tepung jagung)
50gm telur asin kuning yang telah direbus
10gm cili api
15gm daun kari (aku tak letak sebab tak ada)
3 sb mentega untuk menumis
1 sb gula
Serbuk stok ayam (aku guna kiub ayam Knorr)

Cara penyediaan:
Rujuk pada video tu lah yer

CRABS WITH SALTED EGG YOLK (Amy Beh, Kuali The Star Online's version)
Ingredients:
1kg crabs 
1 cup tapioca flour 
Oil for deep-frying 
3 salted egg yolks 
5 bird’s eye chillies, chopped 
2 stalks curry leaves 
3 tbsp butter 
½ tsp salt or to taste (tak payah letak)
½ tsp pepper 
1½-2 tsp sugar 
3 tbsp evaporated milk (aku tak letak sebab tak ada)
(tak payah letak garam sebab telur dan kiub ayam tu dah masin. nanti kena darah tinggi wooooo)

Method:
Clean the crabs. Remove the pincers and trim the legs. Cut into 4 pieces. 
Steam salted egg yolks for 3-4 minutes. Remove and use a fork to break up the egg yolks. 
Toss crab pieces in tapioca flour. Deep-fry in hot oil till golden in colour. Remove and leave aside. 
Melt butter in a wok, sauté curry leaves and bird’s eye chillies until aromatic. Add salted egg yolks, keep stirring until egg yolks are incorporated into the butter sauce. 
Add pepper, salt, sugar and evaporated milk then stir in pre-fried crabs. Stir-fry briskly to mix. Dish out and serve immediately.

Ada banyak versi resepi ni kalau tengok di Internet. Contohnya tepung salut ketam. Chef Lee guna tepung kanji kentang, Amy Beh guna tepung ubi. Ada satu blog tu guna tepung jagung, aku ikut resepi ni sebab di rumah hanya ada tepung tu aje. Jadi ikut kesukaan dan kesenangan masing-masing. Bukannya jalan mati pun kalau bahan-bahan di rumah kita tak cukup. Aku tak letak pun daun kari. Sedap aje rasanya.

Ni ada beberapa link resepi ketam:




Nak tengok ketam aku? Tadaa....



memang sedap kalau ikut kedua-dua resepi di atas



Jap...sekali lagi.....



enak sungguh...harus dicuba tau



Cumanya ada cacat sikit. Biasalah aku dengan kitchen blundernya. Ada aje yang capek. Kalau ikutkan resepi Amy Beh, dia stim telur asin tu 2-3 minit. Aku rasa macam tak berapa nak masak aje, kan? Kalau telur asin putih tu separuh masak, membazir aje tak ada sesapa nak makan. Lalu aku pun rebuslah telur lebih 5 minit. Kesudahannya, kuning telur susah nak hancurkan sebab liat. Jadi berketul-ketul.

Maka tak jadilah macam tekstur sos telur asin Chef Lee. Sebab tu kat dalam gambar, ada telur asin yang berketul-ketul. Walapun masakan aku ni capek, tapi rasanya tetap sedap sebab mengikut resepi. Lain kali jangan pandai-pandai buat rumusan sendiri. Dengar kata chef sebab merekalah yang pro....Peringatan buat aku yang suka buat resepi baharu dan selalu buat kitchen blunder....huhuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit