Biskut raya lagi
Hujung minggu hari tu aku diserang demam biskut raya. Dari tengah hari sampai waktu berbuka, aku buat eksperimen mencuba resepi biskut. Letih jugak ek terlebih bekerja keras sepanjang Ramadan ni...hehehe.
BISKUT CIP COKLAT RANGUP
Bahan A
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B (gaul rata)
230 g tepung gandum
20 g serbuk koko, ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips (boleh gantikan dgn coklat rice)
50 g badam cincang (roasted)
50 g nestum
Cara penyediaan:
Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
Sudukan adunan kecil-kecil (sebesar guli dalam loyang. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Aku tak bakar sampai 25 minit pun. Dalam 15 minit dah siap. Percubaan membakar biskut kali pertama gagal. Habis biskut aku rentung...kahkahkah. Makanya aku singkatkan masa pembakaran ke 15 minit. Baru okey sket. Oven aku kut yang extra super power...huhuh.
Sumber: Fotopage Chef Hanelieza
BISKUT CORNFLAKES KEJU
biskut cip coklat rangup |

biskut cornflake keju |
Bahan-bahan:
(hasil anggaran 5 dozen)
200g tepung gandum
3 sudu besar Serbuk kari
½ sudu teh lada sulah
¼ sudu teh serbuk cili (paprika)
5 helai daun kari – potong halus (jika suka--tapi aku tak letak pun)
100g cornflakes – dihancur kasar
100g keju cheddar parut
150g mentega atau marjerin (aku guna marjerin)
2 sudu besar gula
1 biji telur
Bahan hiasan (jika suka):
Bijan
Kuning telur – pukul sedikit
Keju cheddar parut
Cara Penyediaan:
Satukan tepung gandum, serbuk kari, lada sulah, serbuk cili, dan daun kari di dalam mangkuk. Gaul hingga sekata. Kemudian masukkan conflakes dan keju cheddar parut.
keju cheddar di atas adunan |
Gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.Dalam bekas lain, pukul mentega atau marjerin bersama gula dan telur sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran conflakes yangdiketepikan tadi. Gaul hingga sebati sehingga membentuk doh yang lembut. Taburkan tepung atas meja kerja. Canai doh setebal 5mm. Terap dengan acuan biskut atau potong dengan pisau tajam mengikut bentuk yang disukai. Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenser. Jika suka, oles nipis permukaan biskut dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan serta keju parut. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180ºC sehingga kekuningan, anggaran selama 15-20 minit.
Sumber: Kotak Nestle Corn Flakes edisi Raya 2010
wahhhh taun ni tak ngoder cookies yg syedap tu la ek? dh buat sendiri... buat lebih skt harap maklum, kami nk dtg menyerang miahaha
BalasPadamjimat duit sket thn ni tak bli kuih raya. buat sendiri plak...haha
BalasPadam