Ayam percik

Semalam aku cuba buat ayam percik untuk buka puasa. Tapi disebabkan kelam kabut nak bawa ke rumah mak, langsung tak sempat nak ambil gambar.Jadi bayangkanlah macam ayam percik yang selalu korang lihat tu yer.

gambar dipinjam drp blog Koleksi Resepi

AYAM PERCIK

Bahan-bahan (4 orang)
1 sekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bwg besar
2 cm halia
2 batang serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit air asam jawa@asam keping (aku guna asam keping aje)
cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
Kisar bawang, halia, serai, ketumbar dan jintan. Perap ayam dengan rempah kisah selama 1/2 jam di dalam periuk. Selepas diperap, masukkan tepung beras dan santan ke dalam periuk. Gaul rata sehingga ayam disalut dengan campuran tepung dan santan. Masak ayam sehingga lebih kurang 3 suku masak. Apabila kuah percik agak pekat, keluarkan ayam dan atur di atas dulang pembakar. Bakar ayam di dalam oven dengan suhu 200 darjah selama 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Apabila sudah masak, keluarkan ayam dan atur di dalam pinggan. Curahkan lebihan kuah percik tadi.

Sumber resepi: MyResepi

Kalau benar-benar ikut resepi ni, kuah percik akan jadi pekat dan likat. Aku tambah beberapa cawan air. Dan santan aku lebihkan kepada 2 cawan. Serbuk cili pun aku tambah sebab warna kurang ceria...hehehe. Cuma tak sempat nak bakar sampai ayam sedikit hitam sebab kena berkejar ke rumah mak pula. Kalau berbuka di rumah, dah tentu aku dapat tekstur idaman aku.

Tapi aku nak cuba resepi lain pula. Rasa macam resepi ni tak menepati tekak aku sangat. Lalu aku terjumpa laman web ni bersekali dengan video cara-cara nak buat ayam percik. Aku nak cuba versi yang ni pula. Klik pautan di bawah untuk lihat video.

TryMasak - Resepi Ayam Percik Nik


Ingredients:
Ayam (1 ekor)
Bawang merah - dijadikan bawang goreng (10 ulas)
Minyak bawang goreng - untuk menumis
Santan (250ml)
Air asam jawa (50ml)
Belacan bakar (1 inci)
Bawang putih (7 ulas)
Halia (2 inci)
Serbuk cili (1 sudu kecil)
Gula (sedikit)
Garam (sedikit)
Daun pisang - untuk mengalas acuan pembakar

Directions:
Mula-mula, kisar hancur bawang putih bersama 1 inci daripada halia tersebut. Manakala 1 inci halia lagi dihiris nipis dan digunakan untuk merebus ayam. Rebus ayam sehingga ayam empuk. Apabila masak, keluarkan ayam dari air rebusan.Untuk menyediakan kuah perciknya pula, kisar hancur  bawang goreng bersama sedikit air. Ketepikan.Panaskan minyak bawang goreng dan tumis halia serta bawang putih kisar tadi bersama dengan sedikit belacan. Apabila naik bau, curahkan santan dan masukkan serbuk cili, bawang goreng, dan air asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula.Kacau kuah percik ini di atas api yang perlahan. Ia perlu dikacau sentiasa sehinggalah menjadi pekat.Kuah tersebut akan melekat pada senduk apabila telah benar-benar pekat. Apabila masak, perlahankan api seminimum mungkin dan biarkan sahaja kuah tersebut mereneh. Seterusnya aturkan ayam rebus tadi, ke dalam acuan pembakar yang dialas daun pisang.Senduk rata kuah percik ke atas ayam.Bakar ayam ini di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15 ke 20 minit sehingga masak Ayam percik sedia dihidang sebagai lauk bersama nasi atau boleh juga dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.Ada satu lagi versi ayam percik yang aku jumpa: Ayam Percik Kelantan. Aku pernah merasa masakan ni di rumah adik ipar aku di Machang masa kenduri kahwin dulu. Memang sedap terutama kalau dihidang bersama sambal belacan ala Kelantan. Sampai sekarang aku masih mencari resepi sambal belacan ni. Ada sesiapa tahu?

AYAM PERCIK KELANTAN





Ingredients:
Bahan untuk Ayam 
Ayam - dipotong empat (1 ekor)
Bawang putih (4 ulas)
Halia (2 cm)
Garam (sedikit)
Serai - untuk mengalas periuk (4 batang)





Bahan untuk Kuah Percik:
Santan (2 cawan)
Halia - dihiris nipis (2 cm)
Bawang Merah - dihiris nipis (4 ulas)
Serai - dihiris nipis (4 batang)
Gula dan garam (sedikit)

Directions:




Mula-mula, kisar serai, halia dan bawang merah bersama sedikit air. Kisar sehingga hancur sebati. 




Seterusnya masukkan bahan tersebut ke dalam periuk, diikuti dengan santan, garam dan gula. Kacau rata dan ketepikan sementara. 




Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur, dan masukkan sedikit garam. Gaulkan ayam bersama bahan-bahan ini. 




Selepas itu, masukkan sedikit air ke dalam periuk yang dialas serai tadi dan aturkan ayam di dalamnya. Kemudian curahkan sedikit, bahan untuk kuah percik tadi ke atas ayam. 




Tutup periuk dan masak di atas api yang sederhana sehingga ayam empuk. 




Sambil itu masak kuah percik tadi sehingga separa masak. 




Kacau sentiasa supaya santannya tidak berketul dan ketepikan dahulu. 




Apabila ayam tadi telah empuk, angkat dan aturkan di atas penyepit untuk dibakar. 




Panggang ayam tersebut dan balik- balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian bertukar warna. 




Seterusnya, curahkan kuah percik sehingga menyaluti keseluruhan ayam tersebut dan bakar lagi sehingga kuah tersebut agak kering. 






Ayam percik ala kelantan pastinya enak dimakan sebagai hidangan bersama nasi mahupun diratah begitu saja.









Sumber resepi: Try Masak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit