3 in 1 no more?

Pagi tadi masa sahur, aku bancuh Capuccino White Coffee 3 in 1. Nikmatnya sebab dah lama tak minum. Lagipun inilah satu-satunya minuman berasaskan kopi yang aku boleh minum. Kalau kopi jenis lain, mesti aku delirious lepas minum. Macam orang mabuk pun ada...haha. Tengah enak mencicip kopi putih kapucino lepas makan nasi berlaukkan sambal udang, tiba-tiba laki aku bersuara. "Tak elok minum 3 in 1. Haji Din tuh dah masuk hospital sebab dua-dua buah pinggang dia rosak sebab minum kopi 3 in 1 R***x. Doktor uji urin dia dan dapat tau dia minum kopi tu pagi, tengah hari, petang, malam...."

Uish...tu dah kira ketagih. Minum kopi setiap masa. Mujurlah aku tak ketagih 3 in 1 ni. Cuma minum sekali sekala kalau tekak teringin. Bukan setakat kopi, minuman coklat pun ada 3 in 1 yang selalu aku minum. Rupa-rupanya dah banyak laporan keluar kat akhbar. Cuma aku aje tak perasan. Cemanalah boleh terlepas pandang. Laki aku kata, selalu sangat tengok Anime sebab tu tak perasan...huhu.




"Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah. Tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin boleh timbul masalah," kata Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit