Sago cendol

Akhirnya....aku berjaya buat sendiri. Selama ni mak yang selalu buat. Tak pernah pun aku nak cuba buat. Taoi kali ni semangat memasak menggila sempena Ramadan...hohoho

aku tak pandai nak present ler...hahaha
aku gunakan mangkuk souffle sebagai acuan
inilah hasilnya...cantik gitu..huhu
SAGO CENDOL


Bahan-bahan (4 orang)
1 cawan sago
1/4 gula merah dan 1/4 gula putih
1 cawan santan
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-cara penyediaan:
Masak sago dengan 10 cawan air hingga sago menjadi putih jernih. Basuh sago beberapa kali untuk membuang kanjinya. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang disukai. Simpan dalam peti sejuk. Masak kedua-dua gula dengan air serta daun pandan hingga mendidih dan tapis. Panaskan santan dengan sedikit garam. Keluarkan sago tadi dan curahkan air gula dan santan ke atasnya dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Bolehlah dihidangkan.

Sumber resepi: MyResepi

Kalau iku resepi ni, memang dapat 4 mangkuk souffle dan boleh makan 4 orang, sorang satu mangkuk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit