Kandungan sebenar kentang goreng McDonald’s (French Fries)


Sumber gambar: Livestrong.com


(Penafian: Artikel ini merupakan terjemahan longgar daripada versi bahasa Inggeris. Sumber asal: Livestrong.com)

Tinjauan Awal

Tanpa perlu ditanya oleh pelayan kaunter, dah tentu anda akan pesan French Fries di McDonald’s. Kesemua set hidangan McDonald’s tidak akan lengkap tanpa kentang goreng. Ini kenyataan yang perlu kita hadapi.

Untuk makluman, kentang goreng yang terkenal di dunia telah ditambah ke dalam menu bagi menggantikan kentang goreng tradisional pada tahun 1949, sembilan tahun selepas pertama kali McDonald dibuka untuk perniagaan di California.

SUSPEK UTAMA KES: McDonald’s Frend Fries saiz besar (5.4 oz) (asal Amerika Syarikat)

PENYIASAT KES: Dr. Christopher Ochner (penyelidik bersekutu di New York Obesity Nutrition Research Center, St. Luke’s-Roosevelt Hospital Center) sangat familiar dengan menu McDonald. Beberapa tahun yang lalu, Ochner - pemegang Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal – telah menjalankan eksperimen sendiri "Super Size Me", sejenis eksperimen diet: Setiap hari selama dua bulan Ochner makan satu hidangan di restoran makanan segera sebagai sebahagian daripada kajian.

LABEL PEMAKANAN: 500 kalori, 25 gram lemak, 63 gram karbohidrat, 350 miligram natrium, serat 6 gram, 6 gram protein

RAMUAN YANG DISENARAIKAN OLEH MCDONALD: Kentang, minyak sayuran (minyak canola, minyak kacang soya hidrogenasi, perisa daging lembu semula jadi [gandum dan susu derivatif] *, asid sitrik [pengawet]), dextrose, asid natrium pirofosfat (untuk mengekalkan warna) dan garam.

Disediakan menggunakan minyak sayuran (minyak canola, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak kacang soya hydrogenated) dengan TBHQ dan Asid Sitrik untuk mengekalkan kesegaran minyak dan dimethylpolysiloxane untuk mengurangkan percikan minyak semasa memasak.

* Perisa daging lembu semula jadi mengandungi gandum terhidrolisis dan susu terhidrolisis sebagai bahan-bahan asas.

Adakah French Fries McDonald Vegetarian? Tidak!

Perhatian kepada vegetarian dan vegan: Ada rasa daging lembu semula jadi dalam kentang goreng mereka!

Dan ini sebabnya:

Kira-kira 50 tahun yang lalu, French Fries McDonald dimasak dalam lemak daging lembu. Apabila mereka beralih kepada campuran minyak sayuran, mereka tidak mahu kehilangan rasa kentang yang sudah terkenal itu. Maka mereka memilih untuk menambah rasa daging lembu semula jadi ke dalam campuran minyak. Gandum dihidrolisiskan dan susu terhidrolisis digunakan sebagai bahan-bahan asas untuk perisa.

Sudah jelas lagi nyata yang kentang goreng ini tidak vegetarian apatah lagi vegan!

Pada tahun 2002, McDonald membayar $ 10 juta kepada ahli-ahli kumpulan vegetarian termasuk Hindu dan Sikh yang telah menyaman rantaian restoran mereka kerana gagal untuk mendedahkan bahawa lemak daging lembu adalah antara bahan-bahan dalam kentang goreng yang kelihatan seperti vegetarian. (Rujuk pautan kepada artikel New York Times yang berkaitan di bahagian bawah artikel ini.)

Bagaimana Pula Halnya dengan Kandungan Lain?

1. Minyak sayuran (Blend): Untuk membuat kentang goreng, anda perlu menggoreng kentang yang merupakan sumber karbohidrat yang sihat, ke dalam sesuatu yang berlemak dan berminyak.

Kentang McDonald dicelup ke dalam mandian minyak sebanyak dua kali. Menurut Ochner, pengeluar McDonald memotong dan merebus kentang dan mungkin menggorengnya sekali sebelum dibekukan untuk dihantar ke restoran, dan di sana kentang itu goreng lagi.

Berikut ialah bahan-bahan dalam mandian minyak panas kentang:




a) Minyak Canola: minyak masak yang biasa digunakan ini umumnya dianggap "baik untuk anda" jika dibandingkan dengan minyak lain dalam kategorinya. Sukar untuk menyatakan berapa banyak minyak ini digunakan berbanding pilihan yang kurang sihat, dan juga yang berlemak. Oleh sebab minyak canola adalah sedikit mahal, Ochner membuat spekulasi bahawa McDonald mungkin menggunakan kurang daripada bahan yang baik dan banyak menggunakan bahan yang lain, seperti minyak jagung dan minyak kacang soya.

b) Minyak kacang soya berhidrogen: Apabila minyak kacang soya biasa melalui proses penghidrogenan, lemak tak tepu bertukar menjadi lemak tepu, yang seterusnya menjadikan ia lebih mudah dimasak dan membantu meningkatkan pengawetan. Kelemahannya adalah lemak baharu ini bertukar menjadi trans lemak, yang berkait rapat dengan penyakit jantung.

Tentu anda akan berfikir bahawa arahan wajib di seluruh negara (merujuk kepada negara AS) baru-baru bagi penyingkiran trans lemak dalam semua makanan akan memaksa McDonald menimbangkan semula resipi mereka. Malangnya tidak. Ochner mengatakan bahawa FDA mendefinisikan "sifar trans lemak dalam setiap hidangan" sebagai kurang daripada satu gram setiap sudu besar. Dalam hal ini, McDonald telah menjumpai kelemahan (loophole) dalam definisi itu dan masih terus menyajikan jumlah trans lemak yang agak rendah dalam kentang goreng mereka.

d) Asid sitrik: Pengawet biasa yang dianggap selamat untuk dimakan, tetapi ada sesuatu yang membimbangkan mengenai fungsinya. Tentu anda masih ingat akan dokumentari "Super Size Me," (tahun 2004)  yang mengejutkan oleh Morgan Spurlock. Dokumentari ini menunjukkan kentang goreng McDonald boleh bertahan untuk beberapa bulan tanpa terurai bentuknya, terus kelihatan seperti anda baru membelinya semalam.


Sumber: www.miami-water.com

e) TBHQ (tertiary butylhydroquinone): Ini pengawet super kuat, yang terdapat dalam kebanyakan makanan yang diproses, adalah bahan yang mungkin membantu asid sitrik mengekalkan kentang goreng lama daripada  menjadi zombi. Walaupun ia juga dikatakan selamat, kajian haiwan telah mengaitkannya kepada ulser perut dan kerosakan kepada DNA.

2. Dextrose: Perkataan lain untuk gula, merupakan bahan ketiga dalam kentang goreng McDonald, selepas kentang dan minyak.

Mengapa makanan yang berperisa perlukan sedikit kemanisan? Penjelasannya mudah: Dextrose menjadikan kentang rasa lebih baik dan juga meningkatkan ketagihan dan keinginan. Penyelidikan baharu menunjukkan bahawa badan boleh menukar gula yang terdapat dalam makanan menjadi lemak badan dengan lebih mudah daripada ia menukar lemak yang terdapat dalam makanan menjadi lemak badan.

Sumber: newhope.com

3. Sodium acid pyrophosphate: Pengawet ini merupakan sebab kentang goreng McDonald berupaya mengekalkan warna perang keemasan yang segar dan bukannya bertukar hitam apabila diletakkan dalam balang selama dua bulan. Yuck!

Ramuan yang sama sering dijumpai dalam campuran kek, puding, wafel, pancake dan muffin yang diusahakan secara komersial dan ia juga ditambah ke dalam produk dingin beku seperti doh, susu berperisa, daging beku, produk kentang dan ikan dalam tin.

4. Dimethylpolysiloxane: Kenapa agen antibuih boleh terkandung dalam kentang goreng anda? Aneh sekali apabila silikon ini memiliki tujuan: Pengeluar McDonald mungkin menambah sedikit air apabila merebus kentang sebelum digoreng dan dibekukan untuk penghantaran. Ini mungkin membantu mempercepatkan proses (kerana tiada tumpahan buih) dan menjimatkan masa pembersihan selepas itu.

Tidak ada bukti bahawa pengambilan bahan ini adalah berbahaya, tetapi mengapa anda mahukannya?

Jadi, Apakah Penentuan Akhir French Fries McDonald?

KEPUTUSAN: Terlalu banyak soalan, kan? Fikirkan juga berapa banyak vegetarian dan vegan (dan orang yang ingin mengelakkan daripada memakan daging) telah tanpa disedari memakan daging lembu semasa makan kentang goreng ini? Mengapa McDonald tidak terus menamakan semula kentang mereka dengan nama "kentang berdaging" atau "French Fries berperisa daging" bagi menunjukkan ketelusan?

DAKWAAN: Kentang goreng McDonald mengandungi bahan-bahan yang boleh dipersoalkan dan mengandungi jumlah minimum khasiat pemakanan (protein, vitamin, mineral dan antioksidan).

Walaupun begitu, kita faham bahawa sebahagian daripada anda mungkin mendapati lagu yang jedengaran di kaunter pandu lalu "Adakah anda mahu kentang goreng dengan itu?"  menggoda telinga anda (dan ke perut anda). Harapan kami, moga maklumat ini mungkin menggesa anda untuk mengurangkan kekerapan memakan McDonald French Fries, atau mungkin sekurang-kurangnya meyakinkan anda untuk memilih hidangan kentang goreng yang lebih kecil.

Hanya dengan memesan hidangan kentang saiz kecil berbanding kentang saiz besar, anda akan mengelakkan 270 kalori, 14 gram lemak, 2 gram lemak tepu dan 34 gram karbohidrat.

Dan untuk semua vegetarian di luar sana yang telah termakan kentang goreng ini, kami berharap anda tidak terlalu kecewa selepas membaca artikel ini. Sekurang-kurangnya sekarang anda tahu!

*********

Diterjemahkan oleh IzzaProEdit.  

Baca artikel asal dalam bahasa Inggeris di SINI.



Ulasan

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit