London Almond
![]() |
Tadaa....London Almond versi aku |
Resepi aku ambil di laman Internet. Boleh tengok sini. Tapi aku dah modify sikit resepi ni.
Bahan-bahan:
250gm mentega
125gm gula kastor
1 biji telur kuning
1 sudu kecil vanila
200gm tepung jagung
300gram tepung serba guna
1 sudu kecil emplex (kalau tak ada boleh ganti dengan 2 sudu tepung beras)
1 sudu kecil baking powder
200gm badam disangai (goreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang untuk hiasan
+/- 700gm coklat masakan
![]() |
roasted almond. kena kacau selalu. nanti hangit. masa ni aku dera Aliyah. sementara aku uli biskut, dia sangai almond...hehe |
Cara-cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Definisi kembang ni aku tak sure cemana. Cuma bila aku nampak adunan dah dua kali ganda banyak, warna ala-ala putih dan nampak berkrim disukai ramai, aku berhenti putar. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi adunan hingga sebati.
![]() |
dah kembang ke belum ni? confused aku...hahaha |
![]() |
doh aku agak kering dan tak lembab. betul ke texture ni? tapi hasilnya biskut aku rangup. aku sukaaaa!!! |
Apabila dah siap bakar, bolehkan cairkan coklat masak. Gunakan double boiler method. Letakkan sedikit butter atas coklat dan kacau-kacau hingga cair. Aku buat tak menjadi cair sebab salah teknik. Jadi nak dapatkan teknik yang betul, tengok kat sini. Rupa-rupanya air tak boleh menggelegak. Patutlah coklat aku likat dan berat...hahaha.
Letak biskut yang dah siap dibakar dalam mangkuk kertas/cookie cup. Kemudian tuang coklat cair ke atasnya. Nak celup pun boleh. Terpulang kepada kepakaran masing-masing. Tabur badam cincang semasa coklat masih cair. Nanti tak melekat pulak. Biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
![]() |
siap satu jenis kuih raya. tapi tak tahu sempat ke sampai syawal atau dah masuk perut dulu...hehe |
Misi aku lepas ni, buat kuih buah Melaka pulak...hahaha
Ulasan
Catat Ulasan