Buah Melaka vs Pai Daging

Aku memang suka makan kuih buah Melaka. Tapi macam biasa...aku tak tau nak buat. Sampai bila tak nak tau, kan? Jadi, aku pun mencuba resepi yang amat mudah ni. Hasilnya.....

jadi tak?
ONDE-ONDE BUAH MELAKA


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

Cara penyediaan:
Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.  Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut tadi. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.  Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam. Hidangkan.

Sumber: Fotopage Hanieliza

Hujung minggu hari tu kami sekeluarga dijemput berbuka puasa di rumah abang ipar. Jadi aku pun buatlah pai daging. Kali ni aku ikut resepi Szakif Pie dalam erti kata sebenar. Hari tu masa buat, main bantai aje...dengan bahan-bahan yang tak cukup. Cuma kali ni aku tambah hirisan karot dalam kuah daging. Tadaaa....

dah siap dibakar, dapat dua aluminium foil

PAI DAGING ALA SZAKIF PIE

Bahan-bahan:
700 gm daging cincang
setengah botol besar sos tomato
2 sudu cili kisar (tambah sendiri--tak ada dalam resepi asal)
sebatang lobak merah, dihiris halus (tambah sendiri--tak ada dalam resepi asal)
sebiji bawang besar dipotong dadu
Lada hitam
Mentega
Oregano (kalau tak nak letak pun tak apa)
Pasta Pusar (bentuk pusing-pusing tuh--spiral yang berwarna-warni)
10 biji kentang saiz sederhana
Susu segar
Garam
Cheddar Cheese

Cara penyediaan:
Tumis bawang besar hingga naik bau. Nak tumis guna mentega pun boleh. Hari tu aku campur mentega dan minyak sikit supaya mentega tak hangus. Masukkan cili kisar. Goreng sampai agak garing. Kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga kering. Masukkan lobak merah, lada hitam dan oregano. Bila lobak dah layu sikit, masukkan sos tomato. Didihkan seketika sebelum tutup api.

lapisan pertama, kuah daging. aku bubuh banyak sebab anak-anak suka

Sementara tu, rebus pasta spiral sehingga ala dante (liat-liat lembut---cemana tuh ek? hahaha...janganlah sampai lembik dan hancur). Letak sedikit garam. Tapi hari tu aku tak letak sebab lupa. Bila pasta dah ala dante, angkat dan toskan. Bilas dengan air seketika bagi menyingkirkan lebihan kanji. Kalau tak, pasta akan melekat dan hilang bentuk kepastaannya...perghhh....hahah.

lapisan kedua, pasta spiral
Sementara masak daging dan rebus pasta, kalau sesapa guna 4 stove tuh senang ler, boleh rebus kentang. Kupas dulu kulit kentang. Basuh bersih dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Kemudian lenyek kentang bersama butter dan susu. Sukatan korang agak-agaklah yer. Janji end productnya menyerupai mashed potatoes. Huhu...hari tu aku guna serbuk mashed potato instant. Aku guna dalam 8 sachet bersama 510ml susu. Tapi aku nasihatkan jangan guna serbuk mashed potato instant ni sebab masin.Kalau nak guna gak, cari yang unsalted punya. Boleh migrain makan masin-masin ni.

lapisan ketiga, mashed potatoes instant yang dah buatkan pai aku masin sikit

Bila dah siap semuanya, ambil bekas (ikut selera masing-masing). Aku guna aluminium foil. Letakkan kuah daging di bawah sekali. Kemudian lapiskan pasta di atasnya sebelum lumurkan permukaan pai dengan kentang lenyek. Akhir sekali tutup permukaan pai dengan keju cheddar.Ketebalan setiap lapisan pai, ikut kehendak sendiri.

seni menampal...hahaha. buatlah sampai seluruh permukaan ditutupi keju

Bakar pai di dalam oven elektrik 175 darjah Celcius selama 10 minit atau sehingga keju hitam sedikit. Kalau tak nak hitam dan sekadar nak cairkan keju aje, bakar sekejap ajelah. Agak-agak dalam 5 minit, okey kut.

Aku terlupa nak ambil gambar keratan rentas pai yang dah siap sebab ralit berborak sambil makan. Bayangkan sendiri ajelah yer...hehe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit