Chicken Chop
Dah lama aku tak main masak-masak. Selalu masak menu biasa-biasa aje. Baking pun dah lama tak buat. Kali ni aku cuba masakan Barat yang tak pernah aku cuba walaupun selalu makan di kedai. Tak susah pun membuatnya. Resepi ni aku selongkar dari laman blog Dapur Kayu.
Bahan-bahan ayam:
2 keping boneless chicken (aku buat beberapa keping. jadi semua bahan lain korang gandakan ikut kepingan ayam yang korang guna)
Sebiji telur ayam
Oat, dikisar sedikit
Lada hitam
Garam
Bahan-bahan gravy
1-2 mangkuk stok ayam (1-2 mangkuk air suam untuk 1/2 - 1 kiub ayam) aku guna stok pekat ayam dan 2 kiub ayam sebab nak buat banyak.
1/2 biji bawang besar, dicincang
2 sudu besar minyak masak
1 1/2 besar tepung jagung
1 sudu besar Worchester sauce (kalau tak ada boleh ganti dengan kicap biasa)
cendawan butang, dihiris (ikut suka banyak mana. aku letak banyak)
lada hitam
daun parsley (kalau mahu) aku tak letak sebab lupa beli
Bahan lain:
Kacang buncis
Baby carrot (comel dan tak payah potong)
Brokoli
Bunga kubis
Semua sayur ni direbus. Tapi aku kukus. Bila lagi nak rasmikan pengukus Tupperware yg dah berzaman aku beli tuh...hehe
1 biji kentang saiz besar, potong 4 dan rebus (aku buat 3 biji kentang kecil)
1 sudu besar mentega
1/4 susu segar
Cara-cara:
Perap ayam dengan lada hitam dan garam selama beberapa jam. Aku buat sejam aje. Kemudian salut kepingan ayam dengan telur. Lepas tu lumur ayam dengan oat kisar. Goreng dalam kuali (kepingan ayam mesti tenggelam dalam minyak). Tapi aku tak goreng sebab gas habis. Lalu aku bakar dalam oven elektrik.
Untuk buat gravy, tumis bawang cincang. Kemudian masukkan stok ayam dan masak hingga mendidih sebelum campurkan dengan Worchester sauce. Lepas tu masukkan kepingan cendawan butang. Masukkan daun parsley. Didihkan gravy sekali lagi sebelum masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga pekat.
Sementara tu, bolehlah rebus ketang yang dibuang kulit. Bila dah empuk, segera lenyekkan dengan 1 sudu mentega. Campurkan susu segar (tapi aku tak letak sebab lupa beli).
Maka hasilnya....jeng jeng jeng

Inilah hasilnya...huhu
pengukus Tupperware. Mudah juga guna alat ni. Cuma letak atas kuali dan masukkan air. Sekejap aje dah siap.
Ulasan
Catat Ulasan