Sarapan buat si manja--Sausage roll with cheese

Sambil blogging pagi ni sempat aku siapkan sarapan untuk anak-anak aku yang belum cukup umur nak berpuasa tu. Ringkas aje sarapannya. Pada mulanya aku nak buat juadah ni untuk berbuka. Tapi  tak sempat walaupun mudah amat membuatnya.

keratan rentas sausage roll with cheese filling

SAUSAGE ROLL WITH CHEESE FILLING

Bahan-bahan:
3 keping roti putih
3 sosej (aku guna jenama Ayamas, premium sausage black pepper dan mushroom)
3 keping cheddar cheese
sebiji telur
Nestum (guna bread crumb pun boleh)
Minyak untuk menggorang

Cara penyediaan:
Canaikan roti supaya senang nak gulung. Ini tips aku dapat daripada Mat Gebu@Dapur Tanpa Sempadan, sewaktu aku intai blog dia untuk resepi roti sardin. Kemudian letakkan keju. Kedudukan keju seperti dalam gambar di bawah.


letak di hujung
Selepas itu letakkan pula sosej di atas keju.

kalau buat macam ni senang nak gulung
Sapukan telur di hujung roti supaya roti melekat dan tak terbuka semasa digoreng nanti.

sapu telur di hujung roti
tips berguna drp mat gebu. canaikan roti dulu, baru nampak cantik dan senang nak gulung
Bila dah siap susun dan gulung, celupkan roti ke dalam telur yang dipukul tadi. Kemudian salut dengan bijirin Nestum. Goreng terendam dengan api perlahan. Bijirin ni cepat hangus. Makanya jangan leka berborak dengan Mak Temah jiran sebelah ya....hahaha. Jiran aku bukan Mak Temah, tapi Ah Soo. Apabila bijiran sudah keperangan, angkas dan letak atas kitchen paper untuk serap minyak berlebihan. Siap untuk dipangan...huhu

nurin suka sangat sebab ada kerak (bijirin nestum garing ler tuh)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit