Benda ajaib


Taklah ajaib mana. Saja letak tajuk begitu sebab nak tarik perhatian....hahaha...yellow journalism. Tak kan tak tau. Tapi pada aku, benda alah ni memang ajaib sebab ia telah menyelesaikan dilema aku selama ni. Koleksi hanger kecil kat umah aku punyalah banyak semata-mata nak menyelesaikan masalah aku yang satu tu. Tapi dengan adanya benda ajaib ni, masalah aku selesai. Apa benda ajaib yang menyebabkan aku tulis entri ni? Tadaaaa...

pengangkut tudung alaf baharu


Aku jumpa penyangkut tudung kun ni masa pergi pasar tani. Asalnya nak cari tudung raya. Terjumpa pula dengan penyangkut ni. Pada mulanya aku sangka barang perhiasan raya. Almaklumlah, orang belum sempat buka gerai, aku dah serbu dulu. Mungkin ada yang pernah jumpa penyangkut ni di mana-mana. Tapi bagi aku yang jarang keluar merayap ke Jalan TAR ataupun PKNS Shah Alam semenjak Ramadan ni, tak pernah terserempak pula dengan penyangkut ni. Sekarang dunia shopping aku hanya Giant Setiawangsa dan Jusco Mahkota Cheras. Tempat lain tak ada kudrat nak pergi dalam bulan puasa ni. Rasa letihlah pula nak jalan-jalan macam dulu.

inilah rupanya selepas tudung disangkutkan. selamat kun tudung tuh drp terpenyet


Cik Abang kata kat Internet dah banyak orang jual. Aku yang kaki Internet ni pun tak pernah jumpa. Ada yeh? Kalau ada sesapa yang berkenan, meh aku tolong beli minggu depan...hehehe. Dengan peenyangkut tudung ni, tak semak fikiran aku tengok kunnya terpenyek dek baju sekolah Aliyah yang sama bergantung. Belum masuk lagi baju Cik Abang yang lagi banyak daripada baju aku....haha.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap