Juadah buka puasa sepanjang minggu
Minggu ni aku dah cuba pelbagai resepi yang aku selongkar dari laman blog resepi dan pencinta makanan.
daging merah ala Thai |
DAGING MERAH ALA THAI
Bahan-bahan
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Halia besar ibu jari, diketuk
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara:
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis (aku beli yang dah siap hiris). Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning sikit, ketepikan. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, masukkan cili giling. Goreng sebentar. Sudah agak garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Masukkan daging tadi dan bawang besar yang dihiris. Masukkan garam dan gula sesedap rasa (aku tak letak gula pun). Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris.
Sumber resepi: Blog Home Sweet Home
siakap tomyam bakar |
IKAN SIAKAP TOMYAM
Bahan A
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil
Bahan B (Dikisar)
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos
Cara-cara:
Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. Bubuh sedikit garam. Dalam resepi asal tak bubuh. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit. Perahkan limau semasa menghidang.
Sumber resepi: Blog Teratak Impian
kerabu sotong |
KERABU SOTONG
Bahan-bahan:
500 gm sotong (dibuang kulitnya dan dihiris kecil)
6 biji limau kasturi
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil gula
1 pokok daun ketumbar (hiris kasar)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
5 biji cili padi (dihiris halus)
3 biji cili merah (dihiris halus)
2 kuntum bunga kantan (diracik halus)
2 biji buah tomato (dihiris)
1 batang timun saiz kecil (dihiris halus batang mancis/disagat)
sedikit suhun (direndam dengan air panas dan toskan)
Garam secukup rasa
Cara-Cara:
Celurkan sotong beberap minit di dalam air yang dididihkan sebentar (tapi aku rebus sotong tu sekejap). Angkat dan toskan. Campurkan kesemua bahan, gaul rata dan seimbangkan rasa. Hidangkan.
Sumber resepi: Home Sweet Home
Aku letak dalam peti ais sekejap. Rasanya kerabu ni macam cold desert gitu...huhuh. Yalah, selalu di hotel kan hidangan ni dihidangkan sejuk dari atas meja bufet.
sotong celup tepung ala Calamari |
Bahan-bahan:
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
1/2 sudu Italian herbs (aku tak letak sebab tak jumpa di kedai)
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cili
Cara-cara:
Potong sotong beberapa bahagian, macam cincin, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.Pukul telur sikit dan masukkan sotong, ketepikan.Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.Masukkan sotong ke dalam adunan tepung. Gaul hingga kesemua sotong disalut dengan tepung.Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Potong sotong beberapa bahagian, macam cincin, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.Gaul sotong dengan sedikit garam dan lada sulah.Pukul telur sikit dan masukkan sotong, ketepikan.Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.Masukkan sotong ke dalam adunan tepung. Gaul hingga kesemua sotong disalut dengan tepung.Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Sumber resepi: Home Sweet Home
Aku makan dengan nasi. amat rangup dan garing. Macam makan keropok sotong pulak. Lagipun aku guna sotong kecil. Kalau guna sotong besar, tentu lagi puas makan sotongnya. Bukan makan kerak....hahaha.
Ulasan
Catat Ulasan