Aku memang suka dendeng daging ni. Paling suka kalau Bik Aini (mak sedara Cik Abang aku) yang buat. Tapi tak kanlah nak harapkan dia buat untuk aku setiap hari, kan? Udahlah dia duduk nun kat Bagan Datoh tu. Masa raya aje yang berpeluang menikmati dendeng daging ni. Raya dah dekat....hahaha.
|
gambar ntah apa-apa sebab nak cepat |
Nanti aku tempek resepinya.
Selain dendeng daging ni, aku buat beberapa masakan lain. Semua ni menu buka puasa hari Jumaat lepas.
|
kubis masak lemak dengan tauhu |
|
tauhu goreng sumbat dengan hirisan timun dan karot |
|
sambal belacan goreng...ciptaan sendiri |
Terciptanya sambal ni semata-mata nak tiru sambal Enak the Cafe kat SBS tu. Cubaan tak menjadi, tapi jadi benda lain. Okeylah sebab rasanya pun sedap...hahaha
|
our family's signature dish...kentang goreng ikan bilis pedas |
Signature dish sebab inilah lauk kegemaran Cik Abang dan anak-anak terutama Aliyah. Dia akan tambah nasi banyak kali kalau ada lauk ni. Aliyah memang susah sikit nak makan. Bila masak lauk ni, baru dia bersemangat nak makan.
wahhh... tahniahh... haha bila nk wat buka pose nih... mcm sedap je kalo nko buat nasi ayam dgn sup bebola ayam yg lazat kesukaan ramai kan hahahah nampak rangup je kentang tu... aku pun suka suka suka hihi ;D
BalasPadamabg ipin kata tak payah buat sbb dia tak percaya aku masak...wahaha. sadis sunggoh kan? suruhlah mak organize. nanti aku masak sup bola ayam tuh aje...huhuhu
BalasPadam