Terapi masak
Ada seorang kawan tanya...kenapa blog aku berubah mendadak jadi blog masakan? Jawapan aku...semua ni escapism sepanjang Ramadan. Pada siang hari tak boleh makan, jadi tengok gambar makanan pun kira okey demi nak memuaskan naluri yang satu tuh...hahaha. Boleh ke aku jawab macam tu? Sebenarnya aku memang suka masak. Cuma selama ni tak ada sebab yang muat boleh mendorong aku mencuba pelbagai resepi kegemaran. Dengan kehadiran Ramadan, makanya aku ada sebab yang kuat untuk memasak. Dapat jimat duit 'beraya sakan' di Bazaar Ramadan tahun ni. Dapat asah bakat terpendam memasak pelbagai jenis makanan. Dan satu lagi yang paling penting...memasak ialah terapi melepaskan tekanan. Baca artikel ni: Cooking is therapy: Making meals helps to reduce stress, heal a broken heart, among other benefits BY ROSEMARY BLACK DAILY NEWS STAFF WRITER Sunday, August 9th 2009, 2:27 PM It can soothe jangled nerves, heal broken hearts and cure boredom, insomnia, and anxiety. Cooking is thera...