Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Oden ala Family Mart

Imej
Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ. One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de. Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden. Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun se...

Talam Tokyo

Imej
Nak kata aku ni penggemar kuih talam... tak juga. Cuma kalau ada, aku makanlah. Lagipun jiran aku jual kuih talam. Kalau nak, order aje dengan dia. Mudah. Tapi entah kenapa tetiba aje terbuka hati aku nak belajar buat kuih talam. Lalu aku pun pergilah kelas masak kat Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL), kat sebelah Giant Saujana Impian tu. Masa tu belajar talam seri muka, talam ubi dan talam kole kacang. Talam ubi tu taubat nasuha aku tak nak buat. Tak ada tenaga nak mengacau ubi tu nanti. Lagipun tangan kanan aku ni kan dah masuk workshop. Mana boleh kerja keras macam nak bancuh simen tu...huhuhu. Kiranya tak la susah mana nak buat kuih talam ni once kita dah tau teknik. Resepi pun penting. Kalau ikut pengalaman aku, setakat nak masak lauk harian dan kuih muih Melayu yang tak terlalu teknikal, maka boleh aje guna resepi kat blog. Tak pun tengok video kat Youtube untuk mudah faham. Kadang-kadang, dengan membaca ni, kita tak dapat imagine cemana gaya nak menggayakan senduk tu kan? Me...

Tteokbokki

Imej
Ini satu lagi makanan kegilaan anak-anak aku selaim kimchi. Dah dua-dua anak dara aku peminat TBS eh... BTS... maka segala mak nenek makanan Korea nak dicuba. Aku pula lebih kepada Anime Jepun. Maka segala mak nenek makanan Jepun aku suka. Mujur anak-anak aku jenis telan aje apa mak dia sumbat. Mudah nak bawa ke majlis. Tak memilih gitu. Tak la kecik ati tuan rumah nanti bila anak-anak kita memilih makan. Walau kadang-kadang kat rumah ni, memilih juga bila menu tak kena tekak dorang. Tapi aku sound bertepek-tepek. Bab-bab meleter ni aku memang dah champion tahap giga. Lagipun aku tak suka dorang merungut pasal makanan. Mulalah aku bersyarah, orang kat Afrika sana, makan tanah, batu. Kita kat sini, makanan dibuang-buang. Dah selalu aku sumbat makanan mahal-mahal. Apa salahnya sekali sekala makan ikan kering cicah sambal belacan. Uish... bagi aku sedap sangat dah menu tu. Tambah nasi 2-3 kali. Budak-budak ni kalau menu tak kena anak tekak, mulalah nak masak rameon/ramyun. Mi seger...

Donut Disaster

Imej
Cinta pertama aku masa ceburkan diri dalam bidang baking ialah donut. Penghujung tahun 2017, company tiba-tiba ada masalah nak bayar gaji kerana kekurangan dana daripada kerajaan. Not again! Ngeri nak bayangkan episod duka 2011 berulang kembali. Tapi disebabkan dah tau awal, maka aku pun buatlah persediaan yang sepatutnya. Cari aktiviti yang boleh mendatangkan duit dengan segera. Hasil berguru kelas hands-on pertama Kebetulan masa hadap FB, terjumpa satu iklan. Kelas belajar buat donut ala Big Apple. Tanpa fikir panjang, aku terus join kelas tu. Bermula kelas tu, aku join kelas demi kelas, modul demi modul. Walaupun aku dah tau buat donut, masih juga ada kalanya tak menjadi. Sakit betul ati kita, wak. Rasa kecewa aje kalau tak jadi tu. Yang jadi cantik tu, aku hantar ke kafe. Macam-macam topping aku buat. Tapi tak banyak. Dalam enam biji aje sebab kafe kecik. Still, ada yang complain kata tekstur donut tu dense. Kecewa kurasa. Bukan tu aje. Kadang-kadang masa nak bu...

Copy editing

Imej
Source:  Cafe Press Copy editing (also written as copy-editing or copy editing, and sometimes abbreviated to CE) is the work that an editor does to improve the formatting, style, and accuracy of the text. Unlike general editing, copy editing often does not involve changing the substance of the text. Copy refers to written or typewritten text for typesetting, printing, or publication. Copy editing is done before proofreading, which is the last step in the editorial cycle. In the United States and Canada, an editor who does this work is called a copy editor, and an organization's highest-ranking copy editor, or the supervising editor of a group of copy editors, may be known as the copy chief, copy desk chief, or news editor. In book publishing in the United Kingdom and other parts of the world that follow UK nomenclature, the term copy editor is used, but in newspaper and magazine publishing, the term is sub-editor (or the un-hyphenated subeditor), commonly shortened to sub....

Substantive Editing

Imej
Source:  Indiamart In substantive editing (also known as developmental editing and comprehensive editing), the editor considers a document’s concept and intended use, content, organization, design, and style. The purpose is to make the document functional for its readers, not just to make it correct and consistent. Substantive editing is almost entirely analysis-based, whether at the document level or at the paragraph, sentence, or word level. Decisions require judgment, not just the application of rules, and therefore should be negotiable with the writer. Contrast this work with copyediting, most of which is rules-based and concerned with grammar, spelling, punctuation, and other mechanics of style and the internal consistency of facts and presentation. Both types of edit are essential; they just focus on different issues. (See also my article on classifying editorial tasks.) A substantive edit deals with the overall structure of the publication: ~Does it all fit t...

Ada apa dengan penapis air?

Imej
Menurut Allaboutwater.org, Penapis air menyediakan air bersih yang sihat untuk memasak dan minum, daripada air paip. Penapis air mengurangkan risiko penyakit gastrousus sebanyak 33 peratus dengan mengeluarkan cryptosporidium dan giardia daripada air minuman. Minum air yang tulen sangat penting untuk kanak-kanak. Menurut mereka lagi, berikut ialah 10 kebaikan penapis air: Penapis air memberikan rasa dan bau air minuman yang lebih baik dengan membuang bahan pencemar klorin dan bakteria. Kegunaan utama penapis air ialah memindahkan plumbum daripada air minuman sebelum digunakan, dengan itu menghalang bahan berbahaya ini daripada memasuki badan. Pembelian penapis countertop menghasilkan sumber air bersih dan sihat yang harganya lebih rendah daripada air minuman yang dibotolkan. Penapis air sangat mengurangkan risiko kanser rektum, kanser kolon, dan kanser pundi kencing dengan mengeluarkan produk sampingan klorin dan klorin dari air minuman. Penapis air karbon blok padu ...

Copy editor

Imej
Image source: Cafe Press. It’s a mouse pad. Very suitable gift for editors. Don’t you think? The “five Cs” summarize the copy editor’s job: Make the copy clear, correct, concise, complete, and consistent. Copy editors should make it say what it means, and mean what it says. Typically, copy editing involves correcting spelling, punctuation, grammar, terminology, jargon, and semantics, and ensuring that the text adheres to the publisher’s style. They may shorten the text, to improve it or to fit length limits. This is particularly so in periodical publishing, where copy must be cut to fit the layout, and the text changed to ensure there are no ‘short lines.’Often, copy editors are also responsible for adding any “display copy,” such as headlines, standardized headers and footers, and photo captions. And although proofreading is a distinct task from copy editing, frequently it is one performed by copy editors. Copy editors are expected to ensure that the text flows, that it is...

Kuih peria

Imej
Hari Sabtu lepas, mak buat kenduri arwah merangkap jamuan raya. Besar cita-cita aku nak masak macam-macam. Siap buat senarai lagi. Tapi tak semua menjadi sebab ada tempahan biskut raya yang masih masuk berdewet-dewet dengan order crunchy cookies. Udahnya aku hanya sempat buat marble kek potong dan kek Victoria Sandwich versi slice aje. Salah satu menu yang aku nak buat ialah kuih peria. Kuih ni sepupu sepapat kuih angku. Cuma rupanya dibuat seperti bentuk sayur peria katak. Kuih ni memang kegemaran aku dan peliknya, payah nak jumpa. Kalau jumpa pun, intinya kacang hijau. Aku tak berapa nak gemar. Selalunya inti kacang hijau yang aku jumpa, mesti kacang tu mentah sikit. Keras. Kurang masak. Lepas tu secoet aje dia letak dalam angku tu. Mana nak puas makan. Dah lama nak try gugel resepi kuih angku. Tapi tak terbuat-buat disebabkan kesibukkan yang dibuat sendiri. Tapi bila aku terjumpa entri kat Facebook pasal kuih peria ni, terus teruja nak buat. Lagipun rupanya ala-ala kuih ...

Daging Phad Pra Pao

Imej
Masa belajar kat UIA kampus PJ dulu, ada satu gerai masakan Thai kat lorong umah flat Seksyen 7 tu yang jual nasi Phad Ka Pow. Memang sedap sangat walaupun simple. Nasi putih, telur mata dan daging cincang masak rempah dia lah. Limau nipis sepotong. Perah kat daging masa nak makan. Nama menu tu Nasi Phad Ka Pow. Kalau lepak gerai tu, memang menu tu yang aku selalu makan. Bila dah pindah ke kampus Gombak, memang bercerai talak tiga lah dengan nasi Phad Ka Pow tu. Tak ada yang boleh ganti. Kalau ada terjumpa pun, iras-iras aje. Dan selalu gunakan ayam cincang macam kat Restoran Johnny's. Tapi nama tak sama. Phad Kra Pow kalau tak silap aku. Masa anak sorang dulu ada sekali aku ajak Ayah Pin pergi gerai tu. Mujur gerai tu wujud lagi. Cuma rasanya kurang sikit daripada dulu. Tukang masak dah bertukar kot. Itu sekali aje aku pergi sampailah sekarang dah anak tiga besar panjang ni. Dan tika aku merayau dan melahu di FB, terjumpa satu resepi ni kat akaun Bedah Lip Lap . Ala-ala mac...

Ayam masak kicap sedap

Imej
Menu paling mudah, cepat dan sememangnya lazat... ayam masak kicap. Dulu kalau aku masak, mesti jenis yang berkuah. Rasa macam muak nak makan selalu. Lama-lama tu aku dah tak suka masak ayam masak kicap style macam tu. Tapi hari tu aku try makan nasi ayam kicap tigabudakgemok yang femes kat Instagram tu. Wah...mabeles ayam masak kicap keringnya. Of koz lah dia tak bagitau resepi ayam tu sebab rahsia mana-mana chef pun. Lainlah kalau dia buka kelas dan kau join. Memang akan dapatlah resepi ayam tu sebiji walau tak sbotol sebab air tangan masing-masing lain rasanya. Demi tak menghampakan perut, aku gugel resepi ayam masak kicap. Terjumpalah satu resepi yang ala-ala sama tapi tak sesesap nasi ayam kicap tigabudakgemok tu. Tapi memadailah kalau nak makan sampai kenyang. Resepi ni aku petik daripada blog Kak Azie . Tapi aku ada buat sedikit modifikasi dalam resepi tu ikut anak tekak dan kehendak usus aku :D Ayam Masak Kicap Paling Simple Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 6-7 ket...

Hak pencarum PERKESO

Imej
SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka. Timbalan Pengarah PERKESO Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja. “Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online. Menurutnya, PERKESO turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan. “Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat. “Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen mala...

Asam Pedas Telur Mayong

Imej
Telur ikan memang sedap. Cuma kalau telur biasa tu kadang-kadang terasa pahit. Tak tau la lidah aku atau sememangnya tak pandai masak ataupun memang ada rasa pahit-pahit gitu. Telur ikan warna merah yang selalu digunakan untuk penyediaan Tsubukko (sejenis Gunkan) tu memang kesukaan anak-anak. Kalau pergi Sushi King tu, tak sah kalau tak ambil empat plate sorang. Satu plate RM4.00++. Botak kepala mak kau, nak. Tapi demi kepuasan perut anak-anak, mak relakan jer. Duit boleh cari. Anak? Itu aje. Kalau beranak lagi tak sama dengan yang ada. Idok gitu? Speaking of fish roe, ecewahhhh... speak Omputih gitu... hari tu terlebih rajin browse FB. yalah... dah lama sangat rasanya tak melahu depan pesbuk layan si Mark tu. Asik busy siapkan pesanan biskut raya aje. 2-3 bulan sebelum raya, dah jadi zombie Kg. Pisang. Sekarang bila bulan raya dah semakin meninggalkan kita, kuranglah sikit pesanan. Bolehlah aku layan pesbuk. Tapi sebelum layan pesbuk tu, sebenarnya aku layan Instagram dulu....

Puding Triffle

Imej
Sejak mula tahu buat Pudding Triffle ni, dah berkali-kali aku buat terutama kalau ada majlis makan-makan. Adik-adik aku pun tumpang sekaki order pada aku untuk majlis makan-makan kat opis mereka. Nak kata aku buat bisnes puding ni, bolehlah juga. Tapi untuk adik-beradik sajalah. Untuk orang lain, aku belum cukup confident. Hehehe... Entri pasal resepi ni ada dalam blog lama aku yang dah nyah aktif. Sebab tu pada gambar header ada watermark nama blog. Blog itu aku punya tau. Bukan kidnap imej orang lain. Kalau pun aku nak kidnap, pada caption gambar aku ada sebut sumber dari mana. Itu yang sepatutnya kita lakukan jika meminjam sesuatu daripada orang lain. Acknowledge pemilik asal. Bagi mereka kredit sekali gus promosikan laman mereka. Sekiranya untuk tujuan perniagaan, ada banyak image provider seperti Shutterstock, Dreamstime, 123rf.com dan banyak lagi. Ketiga-tiga servis ni aku pernah langgan untuk tujuan pembikinan kulit novel dan buku-buku bergambar. Untuk blog, aku fikir tak p...

Ketam Telur Asin

Imej
Selalunya resepi ni dimasak menggunakan ketam kulit lembut. Pertama kali aku cuba resepi ni adalah pada tahun 2010. Masa tu aku ikut resepi Chef Amy Beh, yang tersiar dalam seksyen Kuali The Star Online. Pautan pun dah 404: Page Not Found . Dan satu lagi resepi adalah daripada Chef Lee Kum Wong, Bangsar Seafood Restaurant. Jadi aku gabungkan kedua-dua resepi ni memandangkan ada bahan-bahan yang aku tak ada waktu tu. Jadi separuh entri ni aku petik daripada blog lama aku yang tersiar pada 29 Ogos 2010. Berdasarkan bahan-bahan kat bawah ni, memang ada perbezaan antara resepi yang digunakan oleh Chef Amy dan Chef Lee. Terpulang pada korang nak ikut mana satu atau gabungkan macam yang aku buat. Cara mengulahnya: Untuk lihat cara yang digunakan oleh Chef Lee, korang boleh tengok kat Youtube. Klik SINI . Ini cara Chef Amy: 1. Bersihkan ketam. Kalau tak tahu, boleh Google aje cara-cara nak siang ketam. Paling mudah, suruh aje pekerja pasar raya yang buatkan. 2. Selepas dibersihka...

Ayam masak phad pet

Imej
Masa aku belajar kat UIA kampus PJ tahun 1995-1997 dulu (lepas tu pindah kampus Gombak), aku suka sangat beli lauk ayam masak phad pet. Kat kantin C (bawah). Masa tu aku tak tau apa nama lauk tu. Aku agak ayam masak paprik atau ayam masak rendang tomyam.... hahaha. Bertahun-tahun lepas tu, barulah aku terjumpa resepi ni kat FB. Ternyata yang aku suka dan makan dulu ialah ayam masak phad pet. Siam mari. Suka betul perut aku akhirnya setelah berpuluh tahun, dapat merasa balik masakan ni walaupun tak sama macam yang dimasak dek makcik kantin C tu. Kebetulan aku jumpa resepi ni dalam bulan puasa. Apalagi, mencanak keinginan nak cuba. Aishh... lapar pulak perut aku tetiba tengah taip entri back dated ni... hahaha. Bahan-bahan (kisar semua): 5 batang serai 2 inci kunyit hidup 4 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 1 mangkuk kecil cili padi 5 biji cili merah ** aku guna cili kering kisar Bahan lain: 1 ekor ayam(dipotong kecil-kecil) 1 ikat kacang panjang 3 kpg asam keping ...