Oden ala Family Mart

Selalu sangat nak pegi Family Mart semata-mata nak makan Oden.... haish.... memang rabak poket. Sekali pergi aje, mesti 3 bowl wajib. Tu belum campur green tea ice cream, cheese ice cream lagi. Belum campur onagiri... susu pisang... susu melon. Puluh-puluh RM juga lebur sekali lawatan sambil belajar ke situ.

One day.... ala-ala pada suatu hari, aku terjumpa posting FB pasal home made Oden. Tak susah aje pun nak membuatnya. Yang susah nak cari bekalan pes asam pedas Adabi. Tetiba aje, lepas aku jumpa resepi ni, pes tu dah susah nak cari. Semua market aku pergi... you name it... Speedmart, AEON Big, Jaya Grocer, Tesco, Giant.... kedai Acheh kat Seksyen 5 BMC pun aku redah. Memang tak de.

Kalau ada pun, tinggal sepeket dua which aku tibai semuanya. Terpaksalah improvised resepi ni guna paste asam pedas jenama lain. Okelah juga. Ada rasa Oden.

Akhirnya, aku berjaya juga borong pes asam pedas Adabi. Beli kat SACC Mall. Kat supermarket bawah tu... apa tah namanya. Lupa plak. Tu pun sebab tiap Sabtu Ahad aku ada kelas kat UiTM. Time lunch jer, rajin ngular ke sana sini termasuk SACC Mall.

Penuh gobok dapur aku buat stok asam pedas semata-mata kerana Oden. Selesai satu, masalah lain lak timbul. Sampai sekarang aku tak jumpa king crab chunk, crab fish cash, vegie fish cake, seafood tofu cake. Yang ada cuma bentuk bebola aje. Maka guna ajelah paket steamboat set yang jual kat pasar raya. Pun jadi juga lah.

Ni versi homemade

Resepi:

Sepeket pes tomyam
Sepeket pes asam pedas
Sikit air limau
Air secukupnya
Fishball steamboat mix, (ada jual di giant, dlm pek tu ada macam2 jenis ball )
Nota: yg ni tak semua Giant ada. Aku dah pergi Giant Saujana Impian dan Giant tepi highway Cheras-Kajang kat tol Batu 9 tu. Dah tak meriah macam dulu-dulu.

Cara Aku:

1. Aku guna air panas Coway. Cepat mendidih gitu. Air ni ikut banyak mana kuah yang korang nak. Tapi kena balance dengan pes tomyam dan asam pedas yang korang guna la. Nanti cair, tak sedap. Aku guna air setengah periuk sederhana besar.

2. Bubuh pes tomyam dan asam pedas

3. Sedikit jus limau. Aku guna yang dalam botol

4. Masukkan segala kek dan ball masak hingga mendidih.

5. Tutup api dan enjoy

Boleh juga letak mi segera dan udon. Cuma mi kuning dan bihun aje aku tak pernah bubuh. Try la. Kot-kot sedap... hahaha.

Kredit resepi: kerongsang tasbih hani

Yang ni versi orignal. Oden Family Mart

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit