Donut Disaster

Cinta pertama aku masa ceburkan diri dalam bidang baking ialah donut.

Penghujung tahun 2017, company tiba-tiba ada masalah nak bayar gaji kerana kekurangan dana daripada kerajaan. Not again! Ngeri nak bayangkan episod duka 2011 berulang kembali. Tapi disebabkan dah tau awal, maka aku pun buatlah persediaan yang sepatutnya. Cari aktiviti yang boleh mendatangkan duit dengan segera.

Hasil berguru kelas hands-on pertama
Kebetulan masa hadap FB, terjumpa satu iklan. Kelas belajar buat donut ala Big Apple. Tanpa fikir panjang, aku terus join kelas tu. Bermula kelas tu, aku join kelas demi kelas, modul demi modul. Walaupun aku dah tau buat donut, masih juga ada kalanya tak menjadi. Sakit betul ati kita, wak. Rasa kecewa aje kalau tak jadi tu. Yang jadi cantik tu, aku hantar ke kafe. Macam-macam topping aku buat. Tapi tak banyak. Dalam enam biji aje sebab kafe kecik. Still, ada yang complain kata tekstur donut tu dense. Kecewa kurasa. Bukan tu aje.

Kadang-kadang masa nak buat, rounding tak smooth. Kembang dah cantik, tapi bila nak goreng, hencot pulak bentuk dia. Paling bengang bila doh tak naik. Rasanya dah follow resepi step by step. Entah silap kat mana. Bila banyak sangat tak menjadi, aku fed up dan fokus pada kek, cookies dan savoury. Tapi kecintaan pada donut tak pernah pudar.

Hasil berguru dengan Laura Vitale via YouTube
Berguru pula buat bomboloni dengan Laura Vitale. Tak la sampai ke Italy. Online jer dengan Youtube. Memang menjadi. Masuk gak kafe. No comment. kembali bersemangat. Tapi aku masih tak puas hati sebab kecintaan aku ialah donut ring. Selagi tak master buat donut ring tu, aku tak akan puas hati.

Satu hari, jumpa pula kelas online donut gebu. Join juga. Siap beli booster la, vanila wangilah. Sekali buat... apsal doh aku keras macam batu? Better resepi lama lagi yang guna kentang tu. So... sekali lagi fed up. Stop terus buat donut. Fokus kat scones pula hantar kat kafe hingga sebelum Ramadan hari tu. Nak buat donut lagi, hati dah tawar.

3 minggu lepas raya hari tu ternampak satu iklan kelas buat donut pop atau bomboloni... donut ada filling kat dalam tu. Terus join. Masuk yang ni, dah tiga kelas aku join semata-mata nak perfect kan skill mendonut. Tadi baru selesai ikuti kelas tu.

Caranya lagi mudah. Simple. Macam cara Laura Vitale ajar juga. So... lepas ni aku akan mendonut semula. Tengok jadi ke tak. Kalau tak jadi, bukan salah resepi. Aku yang tak berjodoh dengan donut!

Hasil kerja tangan berkumpulan hari ni. Amacam? Enticing kan?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit