Asam Pedas Telur Mayong

Telur ikan memang sedap. Cuma kalau telur biasa tu kadang-kadang terasa pahit. Tak tau la lidah aku atau sememangnya tak pandai masak ataupun memang ada rasa pahit-pahit gitu.

Telur ikan warna merah yang selalu digunakan untuk penyediaan Tsubukko (sejenis Gunkan) tu memang kesukaan anak-anak. Kalau pergi Sushi King tu, tak sah kalau tak ambil empat plate sorang. Satu plate RM4.00++. Botak kepala mak kau, nak. Tapi demi kepuasan perut anak-anak, mak relakan jer. Duit boleh cari. Anak? Itu aje. Kalau beranak lagi tak sama dengan yang ada. Idok gitu?

Speaking of fish roe, ecewahhhh... speak Omputih gitu... hari tu terlebih rajin browse FB. yalah... dah lama sangat rasanya tak melahu depan pesbuk layan si Mark tu. Asik busy siapkan pesanan biskut raya aje. 2-3 bulan sebelum raya, dah jadi zombie Kg. Pisang. Sekarang bila bulan raya dah semakin meninggalkan kita, kuranglah sikit pesanan. Bolehlah aku layan pesbuk.

Tapi sebelum layan pesbuk tu, sebenarnya aku layan Instagram dulu. Ni memang aktiviti wajib setiap masa yang terluang. Sekarang ni aku banyak gunakan IG untuk promote side biz. Masa tengah gigih scroll tu, ternampak satu post yang dikongsi oleh seorang baker. Dia pos Telur Ikan Mayong masak kari. Gigih aku baca. Telur ikan mayong ni kan susah nak cari. Jarang jumpa kat supermatket. Kalau kau sejenis yang suka redah pasar basah pepagi buta, peluang nak berjodoh dengan telur ikan mayong ni, memang tinggilah.

Orang macam aku yang malas nak redah pasar basah tu, memang tak lah bertemu jodoh dengan telur ikan mayong ni. Telur ikan lain, memang banyak. Baker tu kongsi sekali peniaga yang jual telur ikan tu. Maka aku pun gigih buka pesbuk. Cari Like Page Telur Sotong Laris. Aku terus Like dan terus WhatsApp penjual tu.

Tak sampai 48 jam lepas jumpa iklan tu, telur ikan mayong dah sampai kat muka pintu. Cash on delivery gitu. Mudah jer kan? Tak payah aku keluar redah pasar basah. Bukan tak suka ke pasar yang pastinya lecah dan busuk tu. Tapi kalau aku ke pasar, satu lori pun tak muat kalau aku mula memborong. Murah-murah barang kat pasar basah ni terutama Pasar Chow Kit. Tempat kesukaan mak dan arwah nenek aku shopping. Selalu buah-buahan la yang murah. Macam-macam ada. Sediakan duitnya aje.

Jadi, berbalik semula pada telur ikan mayong tadi. Disebabkan sibuk, tak sempat nak masak. Semalam baru berkesempatan memasaknya. Gigih dulu cari resepi. Terjumpa resepi kat blog Dapur Tanpa Sempadan Encik Mat Gebu. Dari zaman beranak sorang lagi aku dah follow blog ni. Semua resepi yang aku cuba, memang menjadi. Kalau tak jadi tu, bukan salah resepi. Tapi salah jari aku yang tak bedung... hehehehe.

Aku kongsikan resepi dari blog Encik Mat Gebu untuk korang cuba.

Bahan-bahan:

Telur ikan mayong secukupnya
1 keping isi ikan mayong, potong 4 (potong 4 sebab saiznya besar) **aku tak letak sebab tak jumpa ikan ni kat kedai. Dah habis katanya :(
1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 genggam daun kesom
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air tapisan Cuckoo secukupnya **kalau guna air biasa pun tak apa. Cuma air tapisan ni bersih dan berkhasiat

Bahan yang dikisar halus:

7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1/4 camca teh halba

**Aku tambah sayur bendi. Dan bunga kantan, aku letak 3 kuntum... aaummmm

Cara mengulahnya: 


  • Telur ikan mayong dicuci bersih dan toskan, tak perlu keluarkan dari kantungnya. Ikan mayong dipotong 4, cuci dan perap dengan jus limau nipis, biar hingga diperlukan nanti. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan serai dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  • Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  • Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Biarkan mendidih. 
  • Tambah telur ikan dan kecilkan api. Tutup periuk dan biar telur masak dengan api kecil. Masak 8 - 10 minit. 
  • Kemudian masukkan ikan (cuci dulu), dan daun kesum. 
  • Tambah lada hitam kisar, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar hingga ikan masak, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.


Petua Mat Gebu: Jangan masak lama sangat nanti telur ikan jadi keras (bergantung pada saiz telur ikan, kalau ikan mayong tak berapa besar,  saiz telur agak kecil, kalau saiz ikan besar telur dia pun besar), dan bila masak, telur ikan mayong akan terkeluar sendiri dari kantungnya, yang penting anda masak dengan api kecil. 

Tadaaa.... inilah rupa kejadian Asam pedas Telur Mayong. Kuah nampak pekat sebab ada telur mayong yang terkeluar dari kantung. Masa masak tu, telur terpecah-pecah. Kejadian kuahnya terpekat dan tak runny gitu. Aku tak masak sampai telur terkeluar dari kantung. Jadi bila gigit, telur ikan masih agak-agak cair slurpy gitu. Ala-ala half cook. Boleh?

Apa-apa pun memang sodap dan thorbaeekkkkkk. Resepi menjadi. Aku semakin pandai memasak pelbagai jenis asam pedas.... ngehehehe.

Telur mayongnya tak la banyak mana. Tapi bunga kantan tu yang mendominasi... hehehe
Telur mayong mentah yang sedang diperap dengan air limau nipis. Comel tak? Comel kan?

Aku makan dua ketul aje telur ikan ni. Tapi kenyangnya... sampai tak lalu nak bangun. Mengah. Protin tinggi sangat ke atau terlebih kolestrol? Nak kena check jap lagi. Tapi memang puas hati dapat makan telur ikan mayong ni. Memang akan repeat order. Selain jual telur ikan mayong, penjual ni ada jual juga baby crab dan telur sotong.

Baby crab tu aku order juga. Goreng dengan Tepung Goreng Serbaguna Bestari perisa original. Tak sempat nak rakam gambar. Krup krap krup krap rangupnya. Ratah aje, tak makan dengan nasi. Sedap sampai tak boleh berhenti... hahaha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit