Cherating-Kemaman V2.0

Ini kali ketiga kami berkunjung ke Cherating. Kali pertama dulu, Family Day company buat kat Impiana Cherating. Tak dapat jalan-jalan ke mana sebab jadual packed. Kemudian mengiring pengantin kat Dungun dan sempat singgah sekejap kat Cherating. Jadi kali ni pergi memang nak jalan-jalan sekitar Cherating-Kemaman.

Trip tiga hari dua malam bermula Khamis hingga Jumaat. Dan sememangnya pemilihan hari tu amat penting terutama jika melancong ke pantai timur. Nanti aku bagitau kenapa.

koordinat ke Residence Inn
Kami menginap kat Residence Inn Cherating, booking melalui Agoda.com.

Residence Inn Cherating  is found in Cherating, Malaysia, 30 minutes far from Kuantan, where all the seasides and islands are located. Residence Inn Cherating  is a plain 5 mins stroll from the beach....
Credit to http://www.cherating.org/residence-inn-cherating/
Room size: 38 sq.m.
Bed(s): 2 Single Beds / 2 Double Beds
View: Pool

RM460.00 3H2M
Single bed yang dimaksudkan agak luas daripada single bed yang biasa aku tengok kat hotel. Dah macam 2 queen bed pulak. So memang berbaloi dan selesa. Kami pergi berlima. Budak-budak dalam lingkungan umur 7-13 tahun. Tak sempit. Just nice.

Bertolak dari Kajang dalam pukul 7.30 pagi. Dalam pukul 12 tengah hari tu kami dah sampai ke hotel. Mujur bilik kami kosong dan pihak hotel benarkan early check-in. Lepas check-in gedebuk gedebak, kami keluar cari makan tengah hari.

siang aje bukak. malam tutup
Jumpa satu restoran kat tepi jalan Cherating-Kemaman tu. Orang dah mula ramai tapi tak sesak. Macam-macam lauk ada. Aku amik seekor ketam besar masak sambal dan seekor ikan bakar. Budak-budak makan nasi dengan ayam. Lauk peberet walau ke mana mereka pergi. Encik Ipin...aku tak perasan dia makan apa sebab aku eksaited tengok ketam.

Lepas makan, kami balik ke hotel. Lepak-lepak sebelum aktiviti mendugong darat kat pool hotel. Ada jakuzi lagi. Lama aku tak berendam dalam kolam.

En. Ipin dah jadi dugong kolam
Berendam sampai pukul 5 petang. Lepas tu keluar jalan-jalan cari makan. Perut dah lapar balik. Dengan guna kemampuan Waze, aku cari Warung Pak Aziz Satar kat Kampung Geliga, Kemaman. Akibat sampai dah lewat dekat pukul 7, banyak gerai kat dalam foodcourt Pak Aziz Satar tu dah tutup. Tapi aku berjaya dapatkan ketam dan udang celup tepung.

lokasi warung...supaya tak tersasar

3 ekor RM20.00

10 keping RM5.00. Yang kecik atas otak-otak tu ialah pais sotong. RM2.00 sekeping

Udang celup tepung RM10 sepinggan

Warung Pak Aziz Satar
nama sebenar Pak Aziz Satar
Dalam premis ni, bukan saja ada Warung Pak Aziz Satar, tapi ada banyak peniaga lain yang jual bermacam-macam makanan contohnya nasi kukus ayam dara, pelbagai jenis mi, makanan laut celup tepung, keropok lekor basah dan kering dan juga nasi campur. Ni kalau menu siang. Menu malam ada tomyam. Yang celup tepung tu malam tak meniaga. Sempat aku temu ramah budak tu masa dia nak tutup gerai dan aku sibuk nak beli udang dan ketam celup tepung dia.

Sepatutnya tempat ni dipanggil Foodcourt Warung Pak Aziz Satar. Cuma gerai ni bukan Aziz Satar yang punya, tapi Pak Aziz yang menjual sata (r). Ni nama sebenar dia.


Malam tu kami dah tak makan sebab kenyang makan kat foodcourt Pak Aziz Satar. Masa balik tu singgah Pantai Teluk Mak Nik. Dah senja. Jin banyak bertendang. Jadi kami balik hotel dan tidur awal.

Hari kedua, lepas sarapan kat hotel, kami jalan-jalan ke Cukai. Dan disebabkan hari tu hari Jumaat, hari cuti bagi negeri Terengganu, maka banyak kedai tutup! Inilah sebabnya aku kata awal-awal tadi. Kalau nak melancong ke negeri sebelah pantai timur, hari Jumaat bukan hari yang sesuai sebab banyak kedai tutup!

tak dapat rasa ketam sumbat....huhuhuh
Yang tak tutup cuma pasar kat tepi sungai kat pekan Cukai tu. Aku sempat jalan-jalan kat pasar tengok orang jual-jual. Tengok buah laici cantik jer. Belilah seikat. RM20.00...sekian. Nak makan punya pasal. Buah naga sebiji RM6.00. Anak nak makan punya pasal.

Disebabkan semua kedai tutup, maka kami melawat pantai ajelah hari tu. Cuaca pun baik. Matahari bersinar garang. Langit biru dengan tompok-tompok awan yang macam Kepulauan Mindanao, memang sesuai amik gambar.

pesisiran pantai kat LKIM Kemaman
Pergi LKIM Kemaman konon-konon nak tengok nelayan bawa ikan naik dari laut. Sampai kat sana, apah pun tarak. Adakah disebabkan hari Jumaat, maka nelayan cuti atau adakah kerana kami lambat sampai?

Macam biasa, dengan menggunakan kepakaran Waze, kami cari tempat-tempat menarik untuk dilawati di Kemaman. Terbaca satu entri pasal Telaga Simpul. Boleh baca kat sini Blog Pelancongan Terengganu.

lokasi ke tempat kejadian

yang petak empat segi bawah pintu gerbang tu lah yang dinamakan Telaga Simpul

sejarah Telaga Simpul. Sila baca sendiri...heheh


Pantai Marina (Telaga Simpul)

Lepas lepak ambil angin sambil tengok orang memancing kat sini, kami pergi ke pantai lain pulak. Next stop, Pantai Kemasik. Dengan menggunakan kepakaran Waze, kami mula mencari. Ikut punya ikut, sekali Waze hantar kami ke Pantai Penunjuk Kijal. Adoyai..sapa yang masukkan entri salah ni kat Waze ha? Terpaksa aku Waze sekali lagi, dan akhirnya sampailah kami ke Pantai Kemasik yang sebenar. Ni aku bagi koordinat supaya korang tak tersasar.

Nak baca lebih-lebih pasal pantai ni, klik sini Visit Terengganu.





Memang cantik giler tempat ni. Walaupun matahari mencarak atas kepala, tapi angin tiup kuat. Jadi tak terasa panasnya. Sebelum turun ke pantai, kami lepak kat gerai makan ikan celup tepung, pisang goreng dan keropok lekor sambil minum air sejuk. Nyaman tekak.

Kemudian barulah turun tengok pantai. Sementara anak-anak main pasir, aku dengan En. Ipin duduk atas batu sambil makan buah laici yang beli kat pasar pagi tadi. Perghhh...nyaman betul walaupun matahari terik kat atas kepala. Angin kuat...apa ada kisah. tak rasa bahang pun.

sand bugs
kat batu besar sebelah kiri tu la aku lepak santai kat pantai

Dah berpanas terik kat Pantai Kemasik, kami patah balik ke Kampung Geliga cari makan kat Foodcourt Pak Aziz Satar. Cari nasi. Kebulor dah. Aku makan sotong celup tepung. Yang lain-lain makan nasi kukus ayam dara.

Lepas makan, kami menyusur Pantai Teluk Mak Nik atau nama glamernya suatu ketika dulu Monica Bay. Berpanas pulak kat sini.




Banyak pantai cantik kat Ganu ni. Tapi tak semua boleh mandi-manda. Nak mandi kena pergi pantai kat pulau-pulau. Cantik sangat. Ni plan next time bila budak-budak dah besar. Aku belum confident nak bawa mereka naik bot rentas laut.

Dah puas dapatkan sun tanned terbaik, kami balik hotel. Budak-budak gedebus lagi kat dalam kolam. Aku malas nak join. Lepak kat bilik dalam aircond golek-golek tengok TV sambil jenguk pesbuk lagi nyaman.

Lepas maghrib, keluar cari makan. Ramai kat blog suggest restorang ni, Warung Awang Ikan Bakar . Tak jauh pun dari hotel. Lokasinya kat tepi jalan Cherating-Kemaman tu. Sebaris dengan WAIB ni (nama glamer), ada dua restoran seafood lain. Tapi disebabkan ramai yang buat entri pasal restoran ni, maka kami pun try la kat sini.


bagi lokasi

udanggoreng tepung. crunchy tepungnya. tak muak

ketam goreng biasa jer

sotong goreng tepung

Seperti yang blogger lain laporkan, waktu menunggu memang lama. Dalam sejam. Mujur kami sampai awal. Jadi dapatlah makan dulu berbanding orang yang datang kemudian....hahha. Selain seafood feberet aku kat atas tu yang aku selalu order kalau makan kat restoran seafood, kami order telur dadar, kangkung goreng belacan dan  ayam goreng kunyit. Nasi putih order 4 pinggan aje sebab aku tak makan nasi. Tengah pantang....hahahaha. Order air sirap, teh o ais, limau suam dan dua gelas ais kosong. Thaqif amik ais krim Solero satu. Nurin amik cekedis 30 sen 3 bungkus. Total of damages malam tu RM110.00. Go figure.

Lepas mengenyangkan perut, malam tu kami jalan-jalan kat Pantai Cherating. Nama aje duduk kat pantai ni, tapi tak jejak lagi ke sini. So malam tu kami jenguk-jeguklah tempat kejadian. Ada yang kata tempat ni macam Pantai Cenang, Langkawi. Errmmm....tak la jugak. Atau mungkin sebab aku pergi hari Jumaat kot. Jadi kehappeningannya belum bermula. Cuma yang aku pasti, Pantai Cenang kalau malam memang happening sebab banyak gerai jual macam-macam. 

Kat Pantai Cherating tu pada hari Jumaat malam Sabtu, sunyi sikit. Bising pun sebab ada pertandingan karaoke kat salah satu restoran tepi pantai tu. Budak-budak turun main pasir. Pantai tak gelap sebab ada lampu. Ada satu famili buat BBQ kat situ. 

bagi koordinat gak in case korang sesat....ngeee

pantang jumpa pasir!

Waktu malam air surut sampai ke tengah. Tapi disebabkan gelap kat bawah tu, tak berani aku nak menjelajah. Nanti keluar kaiju ke sea monster ke....kan ke haru. Maka sementara bebudak main pasir, aku dengan En. Ipin duduk kat bangku kayu. Temankan satu couple tu bertenet....hahaha. Lepas sejam lebih kat situ, kami balik hotel. Budak-budak semua dikerah mandi sebab dah main pasir. 

Hari ketiga, check out awal dalam pukul 10 pagi sebab En. Ipin nak jumpa kawan lama dia kat Dungun. Tapi sebelum ke Dungun, singgah beli bekalan keropok dan tembikai. Banyak pula orang jual tembikai. Selonggok RM10. Adalah dalam 3 biji.




Lepas penuhkan kereta, kami gerak ke Dungun. Ikut jelah signboard yang bersepah-sepah tu. Tak guna Waze pun tak sesat. Yang bestnya kat negeri Terengganu ni, mana-mana aje ada stesen minyak. Tak payahlah risau tank kosong. Boleh pilih nak isi kat mana. Meriah sungguh!

skrin depan kereta kotor maka kualiti gambar kurang memuaskan


Dalam sejam memandu ala-ala siput bab satu, kami smapai kat rumah kawan En. Ipin. Sebelum balik, mereka bekalkan keropok lekor. Rupa-rupanya nak pilih keropok lekor pun ada caranya. Aku manalah kisah sangat. Janji keropok, ngap aje. Katanya, kalau keropok mentah tu licin berminyak, tu maknanya banyak tepung. Kalau menggerutu, maknanya banyak ikan.

hodoh, banyak ikan

licin, banyak tepung

Bab makan, aku ni kurang memilih sangat. Jadi aku tak berapa particular dan cerewet. Janji halal, masak sempurna, tak basi, tak kotor...aku makan aje. Tapi keropok menggerutu tu memang sedap berbanding dengan keropok licin ni. Korang figure out la sendiri. Lidah dan perut lain-lain.

Kami balik ke KL ikut LPT 2 keluar ikut Dungun. Free lagi. Lom kena bayar tol. Tapi memang benarlah seperti yang diuar-uarkan, jalan tak rata dan tak ada R&R dan Hentian. Stesen minyak apatah lagi. Kami dah isi minyak awal-awal lagi sebelum masuk LPT2. Dari Dungun ke Jabor, ada satu Hentian aje yang ada aktiviti perniagaan. Aku tak ingat pulak Hentian apa.




inilah rupa Tol Jabor dari arah Terengganu....kikiki...kesian

Dari Tol Dungun hingga ke Jabor (dari arah Terengganu), kami baru ambil tiket atau swipe Touch n Go. Pondok tol memang make shift jelah. Belum siap sepenuhnya...huwahuwahuwa. Kami singgah kat Hentian Gambang, makan petang. Aku makan gulai ikan patin. Okeylah rasanya. Kenyang....haha. 

Sampai Kajang dalam pukul 9 lebih. Orang lain terus terbongkang, aku larat lagi tengok Harry Potter and the Philosophy Stone....haha.

Kesimpulanya...agak tak puas lah trip kali ni sebab tersalah pilih hari. Kalau pergi Sabtu Ahad Isnin, lagi meriah kot. Cuma hotel rates akan berkali ganda mahal sebab high peak season (cuti sekolah-cuti hujung minggu). Dan salah satu kekecewaan ialah aku gigih cari Restoran Ani Masakan Kampung macam ada satu blog tu uar-uarkan. Sekali sampai kat simpang tiga, Waze kata, you have arrived at your destination.

Apa ke halnya tengah-tengah simpang tiga ada restoran? Tengok kiri kanan umah worang. Mana celahnya restoran. Lupa aku nak semak entri tu tulis tahun bila. Agaknya dah out of business kot. Tak pun orang yang masukkan entri kat Waze tu salah sebagaimana aku terkena masa cari Pantai Kemasik. Restoran ni bukan Restoran Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur tu ya. Dalam planning memang ada nak ke sana, tapi macam jauuuhhh jer. Terus jadi malas. 

So next time, sebelum pergi ke sesuatu destinasi yang korang tak biasa pergi, study dulu. Aku dah study pun tersasar jugak. Hahah...

Ulasan

  1. restoran ani tu mmg kat simpg 3 dekat tu..dy tepi sg..dekat dgn rumah sy..next time nk dtg bg tau la nnti boleh tolong tnjuk..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Kena cabut ke?