Jumaat, 26 Jun 2015

Potato Fritters

Satu lagi kuih goreng yang tinggi karbohidrat tapi amat sedap untuk dicuba. Kalau tengah amalkan Atkins Diet tu...pandang jelah menu ni yer. Unless boleh substitute kentang tu dengan non-carb ingredient. Bunga kobis kot. Hari tu tengok kat website Atkins, ada resepi Mashed Cauliflower untuk pengamal Phase 1.

Okey...tu cerita lain. Kali ni nak cerita pasal resepi Potato Fritters oleh Facebook account owner bernama Nisha Nordin Full.

Mudah aje resepi ni. Macam buat fritters udang, bilis and all.

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang (sagat halus)
  • 4 tbs tepung jagung
  • 3 tbs tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Serbuk Lada sulah
  • Garam
  • Ajinamoto (abaikan jika tdak perlu)
  • Minyak masak (utk menggoreng)

Cara-caranya:

  • Satukan kentang yang telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto, Gaul sebati.
  • Panaskan minyak masak.
  • Sudukan dan goreng agak-agak leper. Balik-balikkan sehingga masak.
  • Sedap dimakan bersama sos.

Disclaimer: Text and picture by Nisha Nordin Full.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan