Jumaat, 26 Jun 2015

Kerepek Ketam

Satu lagi menu goreng-goreng yang mengancam tekak dan perut. Amat mudah dibuat dalam masa yang singkat. Kerepek Ketam oleh Facebook Account Owner Jamayah Bujang.



Bahan Bahannya:
  • 2 Bungkus Stick Ketam
  • 1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk lada putih atau hitam
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk kari
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • Minyak untuk Mengoreng
Cara-caranya:
  • Stick ketam kita rendam kejap keluarkan dari plastik.
  • Tos Stick Ketam dan picit-picit dan koyak koyak hingga halus.
  • Dah siap koyak Stick ketam kita campurkan bersama serbuk cukup rasa,serbuk lada,serbuk kari dan tabur daun kari..
  • Boleh jemur kejap kalau hari panas. Tak jemur pun tak mengapa.
  • Kita panaskan minyak dan goreng hingga kuning dan renggup.
  • Keringkan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

Disclaimer: Text and picture by Jamayah Bujang. Edited by ME.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan