Wadeh Udang

Ibu mentuaku selalu buat wadeh. Lembut aje dan sesuai dimakan oleh orang yang tak ada gigi. Untuk orang yang ada gigi, probability hilang gigi sebab tergigit biji dal yang keras macam batu tu dapat dielakkan...hahaha. Okey ni satu lagi resepi yang menarik. Wadeh Udang. Bukan cucur udang tau. Resepi ni aku petik daripada Facebook Alinah Binte Ali. So...here how she makes her wadeh.



Bahan (a):
  • 300 gram kacang dal direndam selama 4-5 jam.
  • 2 - 3 cawan air
  • 2 cm halia

Setelah kacang dal kembang, bilas di bawah paip dan ditoskan. Kemudian dikisar bersama halia sehingga halus. Masukkan 2 cawan air dahulu bila tidak cukup baru tambahkan 1 cawan lagi. Setelah selesai dikisar lalu diketepikan

Bahan (b):
  • 2 sudu makan yeast segera
  • 1 sudu teh soda bicarbonate 
Bahan (c):
  • 4 tangkai lada hijau dibuang biji & dihiris
  • 2 sudu teh garam
  • 2 biji bawang besar didadu
  • 2 tangkai daun kari dihiris
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan (d):
  • 900 gram tepung gandum
Bahan (e):
  • 800 gram udang hidup
Cara-carannya:
  • Campurkan (a) & (b) dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan (c) gaul lagi sehingga rata. Masukkan (d) sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga rata. Setelah itu biarkan adunan selama 2 - 3 jam.
Mengoreng wadeh cara pertama:
  • Panaskan minyak yang penuh dahulu di dalam kuali. Tekstur adunan ini lembut serta melekat.
  • Gunakan sarung tangan plastik atau plastik biasa dan sarungkan ke tangan kiri. Sementara itu tangan kanan dibasahkan dengan air.
  • Ambil sedikit adunan dan letakkan di tangan kiri. Letakkan udang 1-2 ekor ikut citarasa dan perlahan-lahan masukkan kedalam kuali. Goreng sehingga kuning kecoklatan.
Mengoreng wadeh cara kedua: Ini cara saya
  • Gunakan senduk bulat yang leper. Sila lihat contoh senduk. Basahkan tangan kanan lalu ambil sedikit adunan dan letakkan diatas senduk. Kemudian masukkan kedalam minyak baru letakkan udang diatasnya. Bila adunan sudah tidak lagi melekat disenduk baru diterbalikkan. Goreng sehingga kuning kecoklatan. Hidangkan bersama lada hijau.
Nota kaki:
  • Jika tidak mahu gunakan kacang dal yang perlu direndam. Boleh gantikan dengan tepung kacang dal yang telah siap. Memandangkan di rumah ada warga emas, saya telah kupas kulit udang agar mudah dimakan. Terserah pada anda dengan apa cara yang hendak dilakukan.
  •  Adakala nya saya campurkan sekali udang tersebut dan saya goreng seperti jemput-jemput. Gantikan udang dengan crab stick pun sedap. Selamat mencuba dan salam mesra.
Disclaimer: Text by Alinah Binte Ali. Photo by Shermay

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit