Nasi Chicken Mandy

Lauk ayam masakan ni pasti bersih dan suci sebab dah dimandikan....hahaha. Anyway, this weekend ada iftar family. So...aku offer diri nak masak juadah berbuka utama iaitu Nasi Mandy Ayam. Ceh...cam konpiden jer kan. Buatnya magic fingers failed to perform, muntah semua worang nanti. Fret not. Aku tak la suicidal sangat nak penaya orang pada bulan Ramadan yang mulia ni. I have help and they proved so well last time.

Untuk orang yang selalu blunder kat kitchen dan tak ada masa nak cari rempah bagai, boleh cuba cara aku ni. Simple aje. Tadaaaa....


Simple kan? Dalam pek ni dah siap ada beras basmathi dan rempah nasi serta ayam. Yang tak ada cuma bahan-bahan salad dan sos aje. Yang tu memang korang kena beli sendiri. Tapi resepi ada diberikan. Kalau korang nak order, boleh contact Fairuza (012-2380843), ejen kat Cyberjaya. Kalau kat Putrajaya, korang boleh contact 019-6637248.

Tapi bagi sesiapa yang suka buat rempah homemade, boleh cuba resepi daripada Nieza Nor Hamnira.

Bahan A: 
4 cawan beras basmathi,
1/2 cawan minyak,
2 labu bawang besar - potong dadu,
5 ulas bawang putih - mayang,
1/2 cm kulit kayu manis,
1 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
5 tangkai bunga cengkih,
1 helai daun salam,
3 helai daun pandan,
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara

Bahan B: 
1 ekor ayam di potong 8,
1/2 cm halia,
1 sudu teh serbuk ketumbar,
1 sudu teh serbuk jintan manis,
1 sudu teh serbuk jintan putih,
1 sudu teh serbuk kunyit,
1 sudu teh serbuk lada hitam,
1 helai daun salam
1 sudu makan minyak masak,
1 liter air (agak2 ayam tenggelam),
garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

Masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam beras. (Tips : sukatan beras basmathi = air 1 : 1.5 atau satu bahagian beras + satu setengah bahagian cecair). Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam rebusan di atas nasi dan buatkan lubang ditengah2 nasi. Letakkan aluminium foil di tengah tengah nasi. Masukkan minyak dan arang yg telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa (tiada dalam gambar)

Bahan-bahan salad: 
4 biji buah tomato - potong dadu,
1 batang timun dibuang biji - potong dadu,
1 labu bawang besar - potong dadu,
2 tangkai cili merah - dimayang halus,
2 tangkai cili hijau - dimayang halus,
5 tangkai cili padi - dimayang halus,
1 biji lemon diperah ambil jusnya,
1 sudu makan minyak, garam, gula.

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan--bahan di atas. Gaul mesra di dalam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy

Tu diaaa...renyah, kan? Berpinar biji mata nak baca bahan-bahannya. Sebab tu aku guna rempah segera. Cuma dalam resepi ni, dia tak bagi bahan dan cara nak sediakan Sos Harraz (kiri bawah). Dalam pek segera tu, ada.

Dari kiri: Nasi mandy, Ayam Mandy (atas), Sos Harraz, Salad Arab (bawah)
 Disclaimer: Text and picture by Facebook Account Owner Nieza Nor Hamnira. Edited by ME

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit