Chicken Cheezy Balls

I like to cook but I don't always have magic fingers. Kekadang menjadi, kekadang tak. Terutama kalau buat kuih atau kek. Memanjang aje failed dengan jayanya. Tapi kalau masak lauk, cemerlang la sikit. Jadinya hari ni aku nak start buat CookBlog kat blog ni. Senang nak dijadikan panduan memasak. Kat CookBlog ni aku nak compile semua resepi yang aku nak cuba dan dah cuba. Jadi esok lusa tulat kalau rasa nak masak aje,, bukalah blog ni. Senang gitu.

Resepi pertama aku nak share ialah Chicken Cheezy Balls. Aku kongsikan daripada Facebook Page Warisan Network.

Bahan-bahan:
  • 500g Ayam/Daging Kisar
  • 200g Cheese (Mozzarella, Cheddar, Parmesan)
  • 300g Breadscrumb (Serbuk Roti)
  • 400g Tepung Ubi
  • 3 Biji Kentang
  • 1 Biji Telur (Putih Sahaja)
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam


Cara-cara membuat:

  • Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk. Toskan dan lenyek sehingga hancur.
  • Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama Ayam/Daging kisar.
  • Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk.
  • Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong.
  • Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese (Lagi banyak cheese lagi sedap). Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat. 
  • Pecahkan telur (Putih Sahaja) dan pukul sehingga kembang.
  • Sediakan sepinggan breadscrumb (Serbuk Roti)
  • Celup bebola tadi didalam telur. Golek-golekkan sehingga sekata.
  • Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula. Golek sehingga serbuk roti tu kena pada semua tempat.
  • Goreng homemade Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana untuk mengelakkan hangus hitam

Disclaimer: Segala gambar dan teks, kredit kepada Warisan Network.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit