Mi Udang

Biasakan yang tak biasa. Tak biasakan yang biasa. 

Itu pesan sifu bahasa aku iaitu Dato' Awang Sariyan, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kenapa tiba-tiba aku nak bercakap pasal bahasa ni? Sebab ada kaitan dengan resepi kali ni iaitu Mi Udang. Kenapa dengan Mi Udang bukan Mee Udang? See...korang nampak tak?

Ejaan Mi selalu dieja Mee which is WRONG! Go semak PRPM. Kamus online terpantas dan termudah nak semak bahasa Melayu.

Even sumber resepi ni pun eja Mi salah....huhuhu. Tapi aku dah edit siap-siap...as usual.

Bahan-bahan:

  • 6 ekor udang besar (ikut suka)
  • 6 ekor udang kecil buang kulit
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 biji tomato buah (boleh ganti dengan 1 sudu besar tomato puree)
  • 1 biji ubi kentang - rebus
  • Garam, gula, serbuk perasa (boleh juga guna lada sulah)
  • sos tomato (boleh guna 2 senduk)
  • sos cili (boleh guna 1 senduk)


Bahan hiasan:

  • telur - rebus
  • sawi - celur
  • cili merah - hiris
  • bawang goreng
  • daun bawang - hiris
  • mi - celur


Cara-caranya:

  • Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.
  • Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan dikisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato puree hingga halus.
  • Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi. 
  • Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 
  • Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.
  • Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mi udang. ikut suka masing masing.
  • Masukkan mi yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.


Disclaimer: Text and picture by Facebook Page Kerja Dari Rumah. Edited by ME

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit