Aku selalu tengok iklan Petronas dan Shell mengenai keselamatan menggunakan gas memasak. Yang aku ingat tentang tips-tips keselamatan yang dipaparkan sama ada melalui Maria Tunku Sabri JJCM (Petronas) ataupun Raja Azura a.k.a Kak Engku (Shell) atau iklan daripada Filem Negara Malaysia (kalau aku tak salah ler) ialah cara bagaimana hendak memeriksa kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun, jangan letak tong gas anda dalam posisi baring, jangan letak benda panas di atas tong gas, guna tiub gas yang ada cop SIRIM, tukar tiub gas dengan kerap dan banyak lagi. Malangnya dalam banyak-banyak tips tu, aku lupa sesuatu. Aku hanya diingatkan sebentar tadi oleh seorang rakan sekerja. Katanya, setiap kali selepas selesai menggunakan gas memasak, kita sepatutnya tutup gas can cabut kepalanya. Selama ni aku tak pernah buat pun. Masa balik kampung aje aku cabut kepala gas. Tapi kalau pergi kerja, masakan cabut, pusingkan suis kepala gas pun aku tak pernah buat. Kawan aku kata, kalau tak tutup kepa
Aku memang tak berapa pandai nak menggoreng bihun. Selalu kalau balik ke rumah ibu mertuaku, biras yang rajin goreng dan mendapat pujian. Jadi aku tak payahlah nak tunjuk skil. Kang rasa tak hapa-hapa, muntah plak orang...hahahaha. Tapi hari ni rasa macam nak try goreng bihun. Maka macam biasa, aku Google ajelah resepi. Jumpa satu resepi kat blog Cik Matahariku . Kat bawah ni, aku kongsikan resepi dari blog beliau. Disebabkan aku copy pasta tulisan beliau, maka aku italic font tu menunjukkan itu hak cipta penulis asal...ngehehe. Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin) 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris) 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Setengah gengam ikan bilis ( direndam) Setengah gengam udang kering ( direndam) Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar. Air secukupnya untuk rendam bihun. 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen) Garam, gula dan
Ibu mentuaku selalu buat wadeh. Lembut aje dan sesuai dimakan oleh orang yang tak ada gigi. Untuk orang yang ada gigi, probability hilang gigi sebab tergigit biji dal yang keras macam batu tu dapat dielakkan...hahaha. Okey ni satu lagi resepi yang menarik. Wadeh Udang . Bukan cucur udang tau. Resepi ni aku petik daripada Facebook Alinah Binte Ali . So...here how she makes her wadeh. Bahan (a): 300 gram kacang dal direndam selama 4-5 jam. 2 - 3 cawan air 2 cm halia Setelah kacang dal kembang, bilas di bawah paip dan ditoskan. Kemudian dikisar bersama halia sehingga halus. Masukkan 2 cawan air dahulu bila tidak cukup baru tambahkan 1 cawan lagi. Setelah selesai dikisar lalu diketepikan Bahan (b): 2 sudu makan yeast segera 1 sudu teh soda bicarbonate Bahan (c): 4 tangkai lada hijau dibuang biji & dihiris 2 sudu teh garam 2 biji bawang besar didadu 2 tangkai daun kari dihiris 1 sudu teh serbuk lada hitam Bahan (d): 900 gram tepung gandum
Ulasan
Catat Ulasan