Kek Coklat Moist

Oven aku terbakar lagi. Dah lama tak membakar...hahaha. Kali ini aku membakar kek coklat lembab atau moist (moih?). Semenjak berakhirnya Ramadan tahun lepas, dapur oven aku tutup. Tapi selepas cik abang bawa balik kek coklat moist minggu lepas, anak-anak terus minta kek lagi. Maka aku selongkar gerobok yang dah berhabuk, cari stok untuk buat kek. Semuanya ada kecuali gula kastor dan serbuk koko yang dah tinggal tak sampai separuh. Tapi waktu tu hari dah malam. Kedai pun dah nak tutup.

Demi tak mengecewakan anak-anak, aku buat ajelah kek guna bahan yang ada. Siap blend gula lagi supaya halus...hahaha. Sebelum mula membakar kek, macam biasa aku kenalah selongkar dapur online chef lain. Resepi ni aku dapat kat myresepi.com. Lupa pula nak salin linknya. Google ajelah kek coklat moist oleh Kak Izan...hehehe.


Bahan-bahan kek ( 21 x 21 cm )
2 cawan tepung gandum (aku guna terpung berserbuk penaik Bluekey)
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus (aku guna gula kasar yang dikisar)
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair (aku guna susu penuh krim Dutch Lady)

Bahan-bahan moist
100 gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar air panas

Cara-cara:
Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata. Masukkan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masakan, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.

aku guna loyang untuk loaf bread

tadaa...inilah hasilnya

Disebabkan kekurangan bahan utama iaitu serbuk koko, aku buat setengah adunan aje. Semua sukatan aku kurangkan separuh. Tapi kalau ikut sukatan asal, boleh dapat dua blok kek gitu. Selain tu aku kurangkan sukatan gula juga sebab tak suka manis sangat. Cik abang aku pun bukannya sweet tooth kecuali anak-anak aku ler. Tapi kita sebagai parents, berkuasa memilih apa yang mereka boleh dan tak boleh makan, kan? Hehehe...Kurangkan gula dalam masakan, tapi senyuman mesti nak manis :D

Apalagi....cuba jangan tak cuba. Memang sedap!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit