Salah ke?

Tak salah kalau kita menginginkan sesuatu yang lebih baik. Tak salah kalau kita mencari tempat berpaut yang lebih terjamin. Tak salah kalau kita mencuba ke sana ke mari semata-mata mahu memilih yang boleh dipercayai.

Kecewa...semua orang pernah kecewa pada tahap masing-masing. Ada yang kecewa, tak bangun-bangun. Ada yang kecewa, terus bangkit melawan kekecewaan. Ada yang kecewa bangkit dengan seribu dendam terpahat di sanubari. Ada yang kecewa mencari jalan keluar dengan meninggalkan segala-galanya.

Puas...tahap kepuasan berbeza-beza. Ada yang cukup sekadar A dan B. Tapi ada yang nak tambah C. Itu pun ada yang rasa tak cukup dan tambah D serta E. Apa itu puas? Adakah sehingga semua keinginan dapat dipenuhi secara total? Atau hanya sebahagian saja? Atau hanya cukup-cukup makan?

Ingatkan dah jumpa tempat berpaut, rupa-rupanya berpaut pada dahan yang rapuh. Kecewa. Sedih. Duka. Nestapa. Apa nak buat kalau kuasa penentu bukan di tangan kita? Tak salah kalau kita beralih arah? Salah ke?

Ulasan

  1. Kak izza...berpaut pada dahan yang rapuh?...samalah kita...huhuhu...

    BalasPadam
  2. ezi, dah dapat dahan yg kukuh. alhamdulillah. carilah dahan yg kukuh utk diri ezi pula

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit