Akan datang Izza Aripin 2011

penafian: kulit novel ini hanya rekaan penulis dan bukan untuk tujuan komersial
Tajuk entri bikin gempak. Tapi memang betul pun...novelis Izza Aripin akan terbitkan novel terbaharunya, insya-Allah, tahun depan. Sekiranya tiada aral melintang dan segala urusan berjalan lancar, novel terbaharu ini akan berada di pasaran menemui peminat novel tanah air, umumnya dan penyokong setia Izza Aripin, khasnya.

Kenapa pula entri ni naik kat sini dan bukan di blog Novel Izza seperti selalu? Entri tersesat sebab GPS rosak ke apa ni? Persoalan yang bagus. Berita ni tak boleh diwarwarkan dahulu secara rasmi sehingga mendapat kebenaran pihak tertentu. Sebarang pengumuman rasmi, hanya pihak tertentu yang terbabit saja yang boleh umumkan.

Aku sekadar layan jiwang syok sendiri. Entah kenapa jus kreatif aku membuak-buak semenjak petang tadi. Hinggalah siap kulit novel terbaharu Izza Aripin ni. Sebagai makluman, tajuk novel ni, tajuk lama. Izza Aripin tak guna tajuk baharu kerana atas sebab-sebab tertentu yang masih belum boleh diumumkan lagi. Banyak betul rahsia? Hahaha....Perlu dirahsiakan kerana segala-galanya belum rasmi dan masih di peringkat perancangan. Tapi memang ada novel terbaharu Izza Aripin bakal terbit tahun 2011. Hanya tajuknya saja yang berbeza. Ada lagi yang akan berbeza. Nak tahu? Tungguuuuu....

P/S: cantik logo syarikat di atas sebelah kanan tu. syarikat baharu ke? kahkahkah...biar Izza Aripin yang jawab tahun depan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap