Lagenda Dhiyapura

Jika kisah lagenda, selalunya bersiri, sama ada dwilogi ataupun trilogi ataupun mungkin lebih. Semasa mula menulis ...dan Mimpi Pun Bersatu, tidak pernah tergambar di fikiran saya mahu menyambung kisah ini. Apabila siap sahaja manuskrip pertama, barulah timbul idea untuk menyambung kisah ini. Hasilnya, terbitlah Kasih Pun Bersatu. Sewaktu buku kedua disiapkan, tiada langsung usaha hendak menyambungnya ke buku yang ketiga. Kini, sesudah keedua-dua buku terbit, muncul idea (dan mengambil beberapa cadangan dan permintaan pembaca), kisah raja-raja Dhiyapura ini akan disambung menjadi trilogi.

Maka sebab itu, saya memanggilnya Lagenda Dhiyapura. Buat masa ini, buku yang ketiga masih dalam rangka kerja, susunan plot serta pembinaan watak. Masih lagi di peringkat awal dan banyak kajian perlu dijalankan.

Siapa watak utamanya kali ini? Kenalah tunggu, ya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit