Carrot cake vs Ramly burger pie

Sempena hari jadi Cik Abang yang ke-36, aku pun buatlah kek lobak merah berkeju....errr...macam pelik pula bunyinya. Carrot cake with cheese topping...hah...inilah nama kek yang aku buat. Resepi carrot cake ni aku pernah kongsi dulu. Cuma tang topping tu, aku tiru resepi daripada kek lain. Sengaja aku gabungkan dua menjadi satu. Boleh tahan juga rasanya. Cuma rupa kek ni, taklah menarik sebab aku tak ada loyang kek yang sesuai. Nampaknya lepas ni aku dah ada justifikasi untuk membeli loyang kek.

Selain tu aku buat juga pai yang asalnya resepi daripada the ever famous Szakif Pie. Cuma kali ni aku ubah sedikit resepinya. Aku gunakan daging burger Ramly dan juga fettucine. Pasta spiral kat rumah dah habis stok. Daging burger ada banyak sebab kononnya menu bersahur dulu. Tapi sekeping pun tak luar. Maka nak elak pembaziran, aku buatlah Ramly burger pai. Kak Wi pun ada cadangkan untuk guna daging burger. Verdict aku, rasanya macam burger. Kalau orang yang tak suka burger Malaysia (macam aku, kadang-kadang aje), mungkin rasa tak sesuai guna daging burger dalam resepi pai ni. Aku lebih suka guna daging cincang, kalau pai daging.

Introducing...Ramly burger pie

filling daging Ramly burger.

guna fettucine aje

kentang lenyek da fave

cheddar cheese slice habis. mozarella pun bleh sebagai ganti

carrot cake batter

rupa tak lawa, tapi rasa ada
Aku lupa nak ambil gambar kek yang dah siap bubuh cream cheese filling. Lain kali ajelah yer. Tapi rupa dia akan-akan carrot cheese brownies di Secret Recipe...hahaha. Rupa ajelah yang akan-akan. Rasanya....tekak aku.

Ada seperkara yang aku perasan. Resepi asal pai daging ni daripada Zaki@Szakif Pie. Dalam resepi kali ni aku guna daging burger Ramly. Kebetulan nama penuh Zaki ialah Muhammad Zaki bin Ramli....hmmmm....disturbing coincidence? Wahahaha....Jawab Zaki!

Ulasan

  1. Haha... Ni kalau ayat bini saya, "Ni nak menganjing aku ke apa ni?" Haha.. Maksudnya, saje nak mengenakan aku ke..

    Takde la. Gurau je.

    Sebenarnya sejak kecik lagi orang dok ejek saya Ramli bege ramli bege... Mula2 dulu masa kecik, memang offended, siap merajuk2 lagi bila orang ejek2. Bila dah besar sikit, bila orang kaitkan saya dengan ramli burger, dah tak de rasa apa dah. Kekadang mengaku je, a'ah.. tu bisnes bapak aku. Kau ada? :P

    Ada lagi tak kek keret? Nak nak! Hehe...

    BalasPadam
  2. hahaha...saja jer kaitkan bisnes Ramly dengan kau. Idea tuh muncul tiba-tiba masa tengah mengayat kat entri ni. Tulis punya tulis, tetiba dapat idea spontan. Hasilnya...Szakif Ramly...okey? Boleh blah tak? hahaha

    kek keret abais stok ler. dah masuk dlm perut. next round akak akak buat dan bawa ke opis. sbb kali ni dah pandai tambah toping...huhuhuh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit