My sweetheart

Setiap penulis pasti ada koleksi kegemaran penulisan yang mereka hasilkan. Yang istimewa tentulah yang memberikan kenangan manis. Bagi saya, setiap karya yang saya hasilkan mempunyai kenangan manis yang tersendiri sewaktu proses penulisannya.

Dua buah karya yang paling saya sayangi ialah Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu. Saya amat menggemari kedua-dua buah karya yang saya anggap sebagai 'buah hati'. Selain dua buah karya ini, Kerana Dia Cinta dan nopen Cinta Terakhir I (Biarlah Kusendiri), Cinta Terakhir II, Cupido I, II dan III (kesemuanya daripada kompilasi nopen Kasih Yang Tak Pasti) juga merupakan kegemaran saya.

Kini saya sedang menyudahkan kesinambungan Kerana Dia Cinta. Ia bukan seperti kesinambungan antara Dan Mimpi Pun Bersatu dan Kasih Pun Bersatu. Saya menggelarnya Projek PRS. Projek ini lebih kepada kisah lanjutan salah seorang watak utama dalam Kerana Dia Cinta. Kalau anda merasakan Projek PRS ialah sambungan Kerana Dia Cinta, anda ternyata silap. Projek PRS merupakan karya baharu yang meminjam watak daripada Kerana Dia Cinta.

Berbalik kepada tajuk entri saya, siapa pula Sweetheart anda?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Sambal hangit

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap