Set Nasi Tomato

Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55, maka aku masak nasi tomato satu set. Pertama kali ni. Dulu pernah buat nasih tomato dan ayam masak merah. Tapi tak berapa nak menjadi sebab ikut resepi main tibai. Kali ni aku ikut resepi dengan sukatan yang tepat. Barulah menjadi.

nasi tomato ku...huhuh
NASI TOMATO

Bahan-bahan:

Beras (2 cawan)--guna beras Basmathi
Susu Cair (1/2 cawan)
Dada Ayam - didadu kecil (1 keping)--tak letak pun
Bawang Putih (4 ulas)
Halia (2 inci)
Bawang Besar - dibelah empat (1 biji)
Tomato - didadu kecil (1 biji)
Pelaga (4 biji)--bom atom sebab kalau tergigit, memang melotup...huhuh
Bunga Cengkih (4 kuntum)
Kayu Manis (1 batang)
Serbuk Jintan Manis (1/2 sudu kecil)
Serbuk Lada Putih (1/2 sudu kecil)
Serbuk Jintan Putih (1/2 sudu kecil)
Kismis (sedikit)
Daun Pandan - disimpul (1 helai)
Daun Pudina - diracik kasar (sedikit)--tak letak juga
Minyak Sapi (1 sudu besar)
Air (1 cawan)

Cara penyediaan:
Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.Cairkan minyak sapi dan tumis semua rempah ratus hingga naik bau. Masukkan tomato, ayam dan tomato puri. Kacau dan masak hingga ayam empuk. Curahkan air, susu cair, bahan-bahan kisar, daun pandan, daun pudina, dan sedikit garam. Kacau rata dan biarkannya mereneh. Masukkan beras dan kismis. Masak hingga kuahnya kering.  Apabila kuah kering, perlahankan api dan kacau rata nasi. Tutup periuk dan masak lagi hingga nasi empuk. Apabila nasi empuk, kacau nasi supaya sebati dan tutupkan api. Hidang bersama taburan bawang goreng. Enak dinikmati bersama ayam masak merah.

Sumber resepi: Video TryMasak

ayam masak merah

AYAM MASAK MERAH


Bahan-bahan:
Ayam - potong kasar (1/2 ekor)
Bawang Besar - dibelah empat (2 biji)
Bawang Putih (4 ulas)
Lengkuas (1 inci)
Serai - dibelah dua (1 batang)
Santan (1/2 cawan)
Tomato Puri (1/2 cawan)
Pes Cili (1/2 cawan)
Minyak Masak (2 sudu besar)
Minyak Sapi (1 sudu besar)
Gula (sedikit)
Garam (sedikit)

Cara penyediaan:
Kisar hancur bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan serai bersama sedikit air. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis bahan-bahan kisar bersama pes cili. Kacau rata dan taburkan gula. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam. Diikuti dengan tomato puri.Kacau rata dan biar hingga kuahnya pecah minyak dan mendidih.Curahkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga kuahnya kering.


Sumber resepi: Video TryMasak

daging kurma

DAGING KURMA

Bahan-bahan:
Daging (200 gram )
Rempah kurma dicampur dengan sedikit air (3 sudu )
Bawang putih dipotong halus (2 ulas)
Bawang besar dipotong bulat (1 labu )
Bawang besar dibelah 4 (1 labu )
Halia dipotong halus (1 inci )
Ubi kentang dipotong 4 (1 biji )--tak letak
Cili hijau (2 biji )
Santan (4 cawan )
Air (1 cawan )
Garam (secukup rasa)
Minyak untuk menumis (secukup rasa)

Cara penyediaan:
Panaskan minyak dalam periuk.Tumis bawang putih hingga wangi diikuti dengan bawang besar. Biar hingga layu.Masukkan halia dan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging. Kacau sebentar.Masukkan air. Tutup periuk. Biar mendidih hingga kuah kering sedikit dan pecah minyak.Masukkan santan, kentang, bawang besar dan garam. Masak hingga kentang dan daging empuk.Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan santan berketul.Masukkan cili hijau.Biar mendidih hingga cili layu, dan hidang.

Daging kurma aku kuahnya pekat sangat. Lepas berbuka, cairkan lagi dengan air. Baru nampak kuah...hehe.

Sumber resepi: Video TryMasak

acar rampai

ACAR RAMPAI

Bahan-bahan:
Timun - dipotong kasar memanjang (3 biji)--guna baby cucumber sebab nak guna sikit aje
Lobak Merah - dipotong kasar memanjang (2 biji)--guna baby carot sebab nak menghabiskan stok
Cili Merah - dibelah memanjang (2 biji)
Cili Hijau - dibelah memanjang (2 biji)
Bawang Besar - dibelah wedges (4 biji)
Bawang Putih - dihiris nipis (10 ulas)
Air (sedikit)
Minyak untuk menumis 
Cuka Epal (secukup rasa)--guna cuka biasa aje
Pes Cili (1/2 cawan)
Halia - dihiris nipis (1 inci)
Serbuk Kunyit (1 sudu kecil)
Biji Sawi (1 sudu kecil)
Gula (1 sudu kecil)
Garam (secukup rasa)

Cara penyediaan:
Goreng biji sawi beberapa ketika.Tumis hirisan bawang putih serta bawang besar hingga wangi dan layu. Masukkan pes cili. Tumis hingga pecah minyak.Masukkan sedikit garam, cili, halia dan lobak merah. Gaul rata hingga lobak dan cili sedikit layu.Masukkan timun, serbuk kunyit, gula, sedikit air dan cuka.Ratakan dan masak hingga semua bahan layu dan sebati bersama semua rasa. Acar rampai sedia untuk menjadi hidangan bersama nasi.

Sumber resepi: Video TryMasak


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit