Puding triffle

Resepi ni aku dapat daripada isteri bos a.k.a isteri rakan penulis Amir Husaini. Dah lama tak buat. Hari ni buat dan berhajat nak bagi kat jiran-jiran depan dan belakang. Harap-harap mereka buka pintu depan dan belakang...ngehehe.

buat dalam bekas kecil ni supaya senang nak bahagi. jiran pun tak payah pulangkan bekas


PUDING TRIFFLE


Bahan-bahan A:
Swissroll cake (cadangan perisa oren atau strawberi)
1 tin saiz besar buah-buahan koktel tropical

Bahan-bahan B:
1 cawan air buah-buahan koktel
3 cawan susu segar
½ cawan gula castor
½ cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
3 biji kuning telur

Cara penyediaan:
Potong dan susun swissroll di dalam mangkuk kaserol. Kisar bahan B dan masak atas api perlahan sehingga pekat. Tutup api dan masukkan buah-buahan koktel. Tuang adunan ke dalam mangkuk kaserol. Tabur kismis/pic, jika suka. Sejukkan di dalam peti ais.


lapisan pertama...swiss roll berperisa oren

lapisan kedua...buah-buahan tropikal

lapisan ketiga...bancuhan tepung, susu dan dan bahan-bahan lain

topping...kismis kuning dan hitam

kalau ikut adunan ni, dapat 6 bekas 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit