Al-Ahmadi: Dahulu dan Kini

Al-Ahmadi, nama sekolah aku yang aku sangka akan terkubur buat selama-lama dalam lipatan memori. Rupa-rupanya tidak. Dengan teknologi Facebook, aku kembali mengingati kenangan di Al-Ahmadi. Facebook banyak membantu menemukan aku dengan kawan-kawan lama, baik senior, sebaya mahupun junior hingga ke super-supernya sekali. Pada 8 Syawal lalu, aku kembali ke bumi Kg Paya Rumput, Sg Udang menjejaki memori silam yang ku tinggalkan. Dan18 tahun aku tinggalkan Al-Ahmadi. Pernah juga jenguk beberapa kali dalam jangka masa 18 tahun ni.

Tapi kunjungan lalu lebih bermakna kerana aku dapat 'kongsi' Al-Ahmadi dengan suami dan anak-anakku. Tak pernah terbayang di kepala saat itu akan muncul. Bagi aku kenangan di Al-Ahmadi--baik yang manis mahupun buruk--adalah antara kenangan paling berharga dalam hidup. OMG...tears breaming my eyes already meh....hahaha. Melankolik sunggoh!

Saksikan rakaman memori aku bersama Al-Ahmadi.

Di belakang kami ialah bangunan kelas dan tiang bendera
Sekolah aku dulu hanya ada sebuah saja bangunan batu dua tingkat. Bangunan ni dikira bangunan utama. Bangunan lain semuanya kayu, macam dalam gambar kat atas ni. Belakang bangunan kayu kelas ni, ada asrama lelaki.

Bilik Gerakan Belia
Sekarang bangunan kayu tu dah lenyap sekali dengan asrama lelaki. Diganti dengan bangunan batu yang dijadikan bilik gerakan belia kampung.

Padang perhimpunan yang sebesar tapak tangan anak Godzilla
Selain depan tiang bendera, padang perhimpunan yang kecil ni juga spot untuk amik gambar tahunan para pelajar. 

Pandangan sisi bangunan utama dan sebahagian tapak perhimpunan
Bangunan ni saja yang kekal dan tak banyak berubah. Masih kukuh tegak berdiri. Cuma tanah merah yang dahulu dah diganti dengan tar. Taklah kotor kasut sekolah lagi...hahahaha. Macamlah wujud Al-Ahmadi di sini.

Bilik Guru lelaki (belakang kami) dan kantin (kanan) yang kemudian dijadikan kelas

Dulu tanah merah, sekarang tar

Rumah sewa pelajar perempuan (1988)
Dahulu ada, sekarang tak ada. Inilah yang terjadi dengan rumah sewa perempuan. Dah tinggal tapak dan ditumbuhi semak samun belaka. Tercengang gak aku tengok masa tu. Rumahku dah hilang dari perut bumi...wahahaha.

Tapak rumah sewa pelajar perempuan (2010)

gambar belakang bangunan utama
Masa tingkat atas ni masih asrama perempuan, kat sinilah budak perempuan selalu mandi pagi, subuh-subuh gelap gelita sampai kena ngendap dek orang. Maklumlah...tandas kecik. Mana muat nak masuk semua.

tangga ke asrama perempuan yang kemudian jadi kelas bila pelajar semakin bertambah.
Masa asrama perempuan masih kat sini, depan tangga nilah kena beratur setiap kali nak solat 5 waktu yang dilakukan di masjid. Betul-betul berkat hidup aku masa tu. 5 waktu tiap-tiap hari berjemaah di masjid selama 5 tahun. I missed it sooooo muuuuuchhhhh!!!!!


belakang bangunan utama, pandangan dari arah bangunan kayu perpustakaan yang dah pupus.

dulu kat sini kawasan lapang bertanah merah. tetiba aje ada dua biji rumah gitu...okashi ne....
Ni pintu belakang sekolah. Pelajar lelaki yang selalu guna jalan ni. Pelajar perempuan ada gak guna kalau nak balik kampung ikut Lubok Bakung. Hari tu tanya Farouk sama ada Lubuk Bakung ada lagi tak. Katanya dah jadi ladang asparagus. Aspalela sungguh! Habis kenangan aku kat situ tinggal kenangan. Dah tak ada memorabilia lagi...huhuhu.

ada playground lah pulak. maklumlah dah jadi tadika

tapak bengkel kemahiran hidup.
 Sebelum bengkel kemahiran hidup di bina di tapak ni, kawasan ni semak samun dengan pokok kelapa dan rambutan tumbuh melata. Kemudian tanah ni diterangkan untuk dibina bengkel kemahiran hidup. Kini bangunan dah tak ada diganti dengan semak samun semula. Tak ada orang nak tanam rambutan dan pokok kelapa semua ke? Keh keh keh.

hidup lagi pokok rambutan ni. Panjang betul usianya
 Pokok rambutan prasejarah...hahahaha. Sejak sebelum aku sekolah kat sini, pokok ni dah ada. Berapa agaknya usia dia, ya?

bekas asrama perempuan dan kelas
 Dah jadi perpustakaan desa rupa-rupanya asrama aku ni. Macam tak percaya tengok gambar Aliyah berdiri kat tingkap sambil mengintai ke dalam. Dulu-dulu sinilah tempat mak dia duduk menimba ilmu dengan segala kekurangan. Tapi dengan kekurangan itulah mak dia berjaya sampai ke tempat sekarang. Eceh...nostalgia lagi? Hahahaha....Siapa masih ingat kisah pengendap menceroboh masuk aspuri? Masa tu akulah saksi kejadian utama sebab nyaris-nyaris tak jadi mangsa. Itulah pergi tandas sorang-sorang. Pintu pula dibuka seluas-luasnya. Mujur pengendap tak amik kesempatan serang aku kat tandas ataupun masuk ke dalam asrama. Memang kamikaze masa tu.

dah jadi perpustakaan desa

pandangan dari atas bangunan utama

tapak asrama perempuan
 Ini lagi buat aku terkejut. Dua buah rumah agam yang pernah jadi asrama kami, dah tak ada. Tinggal tapak aje. Dulu aku datang, ada lagi bangunan ni. Sekarang dah lenyap bersama kenangan silam. Ish ish ish....

pokok mangga nan sebatang
 Dekat pokok mangga ni dulu ada sebiji bangku batu warna putih. Kami selalu berebut pot lepak sini masa cuti. Kini hanya tinggal tapak dan pokok mangga ni pun panjang usianya.

Al-Ahmadi....hari ini 2010
 Inilah bangunan sekolah Al-Ahmadi yang dah berpindah. Nama sekolah pun dah berubah. Dulu Sek. Men. (JAIM) Al-Ahmadi. Sekarang....baca kat dalam gambar atas ni...hehehe. Rasa macam aneh ajer bila tengok Aliyah, Nurin dan sepupu-sepupu mereka berdiri kat depan papan tanda sekolah. Sungguh tak sangka anak-anak aku boleh jejak kaki ke sekolah aku yang tak glamer tu...hahahaha.




 Di tapak sekolah baharu ni, memang tiada langsung kenangan aku. Hanya nama Al-Ahmadi aje kenangan yang ada di sini. Kenangan aku tertinggal di sini....






Semua kenangan hanya disingkap dalam mimpi....indah, aman, mengasyikan (lirik lagu Jejak Komando, Search daripada album Fenomena yang ngetop masa zaman tu...hahahah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit