Syukur

Ada orang begitu bernasib baik memperoleh segala-galanya - kerjaya, wang ringgit, rumah besar, kereta luar negara. Pendek kata, hidup senang walaupun tak semewah jutawan. Ada orang begitu bernasib baik walaupun tak ada wang ringgit berkepuk-kepuk, hidup tetap senang dikelilingi keluarga yang bahagia, cukup makan dan pakai. Ada orang begitu bernasib baik dapat peluang belajar dan mengubah nasib keluarga daripada susah menjadi semakin senang. Ada orang bernasib baik sejak kecil hidup langsung tak dibelenggu kesusahan.

Tetapi tak semua orang tahu mengucapkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Sama ada mereka sedar ataupun tidak, mereka tidak pernah mahu rasa berterima kasih atas apa yang mereka ada. Malah ada pula yang merungut dan mengeluh jika sesuatu perkara tidak menepati selera ataupun jangkaan yang dikehendaki. Apabila diduga sikit, sudah mengeluh kesah bagaikan ditimpa segumpal batu yang maha besar. Kalau boleh, makan pun mahu disuap saban waktu.

Mungkin golongan ini memang tak tahu untung. Agaknya tak pernah membayangkan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Sudah biasa hidup senang, susah sedikit pun tak mampu nak hadapi. Jika keinginannya tidak menjengkelkan dan menyusahkan orang lain, tak mengapalah. Tapi kadang-kadang meluat juga aku nak melayan kerenah orang-orang yang tak tahu nak mengucap syukur ni. Terlalu mengada-ngada dan sampai ke satu tahap, melampaulah pula.

Mak aku selalu cakap, makan apa yang ada, guna apa yang ada. Jangan banyak merungut. Syukurlah dengan rezeki yang ada. Bukan tak boleh nak rasa mewah, tapi berpada-pada. Bukan tak boleh nak berasa lebih selesa, tapi utamakan yang penting dahulu. Pesanan mak selalu buat aku rasa waspada dan takut-takut nak melampau berlebih-lebihan. Walaupun kadang-kadang terlepas sempadan ketika berbelanja. Buat masa ni masih lagi dalam kawalan...heheheh.

Aku memang tak faham kalau orang yang ada segala-galanya masih tak puas hati dan merungut itu ini, macamlah susah sangat. Meluat aku tengok!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit