Serdang

Semalam aku pergi check up kali pertama di Hospital Serdang. Macam pegawai pemantau ISO ler plak lagak aku. Semua nak ku nilai...ekekeke. Yelah...kali pertama nak menggunakan perkhidmatan hospital awam untuk bersalin. Cerewet gak sket sebab melibatkan nyawa...hahaha. Selama ni aku guna khidmat hospital swasta. Hospital *** yang aku cerita masa bersalin kali pertama tu rupa-rupanya dianggap swasta walaupun ada bau-bau gomen. Baru aku tau semalam.

Anyway, aku bukannya skeptik sangat pasal hospital kerajaan ni. Tapi cerita-cerita yang aku dengar buat aku fobia. Baru-baru ni makcik husband aku bersalin ceasarean di Hospital K*****. Jahitannya tak kering dan dijangkiti kuman. Maka hospital itu, tanpa memberitahu apa-apa, terus membuka balik jahitan tanpa memberikan bius. Kalau tak sakit, tak apa. Udah makcik aku menjerit, baru dibiusnya. Lepas dah cuci luka pun tak baik-baik juga. Disebabkan kecewa, maka pakcik aku pergi ke klinik swasta sebab merasakan keadaan luka di perut makcik aku tak mau pulih-pulih. Dah lebih 20 hari, tapi macam semalam baru bedah. 

Kawan aku pun kena macam tu juga. Luka bedah bernanah. Tapi dia bersalin di hospital swasta tempat aku bersalin kali kedua dahulu. Doktor tak terus buka jahitan. Tapi doktor bagi ubat, tengok dulu macam mana. Alhamdulillah, selepas seminggu, luka jahitan pun kering. Jadi aku tak tau ler formula atau prosedur apa Hospital K***** tu guna. Kes hampir sama, tapi pendekatan berbeza dan nyata hospital swata itu membuat tindakan yang betul. Sapa nak jawab?

Berbalik pada cerita aku pula. Banyak tol anekdot...hehehe. Semalam layanan staf hospital memang superb. Siap kena dengar ceramah pasal penyusuan ibu dan pemakanan seimbang. Dapat sijil lagi. Doktornya okay, misi pun okay. Gelak-gelak. Tak stress pun. Macam ni lah yang aku mahu. Bukannya misi garang cam rimau yang tau marah-marah orang tak tentu pasal. Walau bagaimanapun, penilaian aku tetap diteruskan. 7/8 ni aku ke sana lagi bagi memastikan sama ada aku boleh bersalin normal atau ceasarean. Berat baby dah 2.7, besar bagi saiz badan aku yang comel nih...hehehe. Kepala dia pun senget sikit. Tak parking lagi. Macam kakak dia juga ler nih. Tunggu dua minggu...kut-kut kepala baby dah parking dan berat tak berubah. Kalau dia terus menembam, kuar ikut tingkap ler gamaknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kena cabut ke?

Resepi Bihun Goreng Simple Tapi Sedap

Sambal hangit